;

Salam Aidilfitri buat semua

Salam.. kemeriahan perayaan aidilfitri sudah dirasakan.. Jadi disini saya tidak ketinggalan ingin mengucapkan salam Aidilfitri buat semua sahabat2, kenalan, dan semua penginjung blog ini..

Tahun ini saya berbaju purple..Anda pula baju raya warna apa tahun ni? hehe.. Tadi saya baru lepas berjumpa doktor dan telah diberi lesen untuk blaja berjalan.. Alhamdulillah.. penderitaan hidup tanpa kaki kanan berakhir selepas 3 bulan. Syukur.. dapat juga saya beraya kerumah sedara mara.. Saya kene rajin2 exercise ni.. Agar boleh jalan dgn baik semula..

Moga tarbiyah ramadan yang sedang kita lalui ini, berterusan dengan amalan ruhiyah, akhlak, dan semagat perjuangan yang makin membara..

Disini saya sertakan sajak dan kad hari raya daripada Hizbut Tahrir Malaysia untuk anda semua...

YANG PERGI ITU AKAN KEMBALI

Gembira di Idul Fitri ini
takkan dapat menggalang ganti
sedih dan pedih peri
kerana ibunda pertiwi
tiada di sisi..

Ibunda pergi kerana makar keji
Inggeris bersama Attartuk si Yahudi
busuk menusuk belati sekularisasi
yang bersepuh racun demokrasi
di malam berkobar api konspirasi
terkaparlah ibunda dilayar pergi
meninggalkan kita, anakandanya sepi sendiri

Seketika itu jua..
pudar purnama, muram mentari
seluruh buana dilitupi kesedihan ngeri

Di kala makhluk rabbani
di langit dan di bumi
dalam isak meratapi pemergian ini
bertepuk sorak pula iblis-iblis imperialis
menari puas direntak melodi sinis
meraikan malapetaka kubra ini
setelah berabad mereka ditemani hasad menanti

Wahai saudaraku!
berlalu sudah 88 tahun...sejak 28 Rajab 1342 Hijriyyah
Idul Fitri kita sambut dalam sugul yang tak tertahan
dijeruk rasa penuh kehilangan
ibarat anak yatim yang sunyi
dari belaian ibunya yang sejati
disayup gema takbir Idul Fitri

Maka di sini kami berdiri
dengan seruan setulus hati
gandinglah tangan ikhlas ini
agar kembali tertegak Khilafah yang dijanji!

Ayuh saudaraku!
singsing lengan bajumu
jauh tinggi di atas siku
melangkahlah dengan derap yang gagah
bersama kami menguak segala payah
untuk menempuh jalan ke fitrah
supaya kita berjaya masuk ke seluruh gerbang syariah
jangan kau mundur jangan menyerah kalah

Semoga kita..
memperolehi mardhatillah wa maghfirah
di Idul Fitri ini bersama mengorak langkah
berjuang demi kesatuan dan kegemilangan ummah
dalam dakapan ibunda sejati yang didamba penuh tabah
Khilafah Ar-Rasyidah ’Ala Minhaj Nubuwah

Di kesempatan ini..
kami ucapkan "Selamat Menyambut Idul Fitri"
semoga kita diziarahi kebahagiaan yang abadi
di bawah naungan redha Ilahi..


Hizbut Tahrir Malaysia
Di Gerbang Syawal
1430 H




Links to this post |

Read Users' Comments ( 4 )

Wallpaper: Demokrasi dipenghujung hayat, Khilafah penyelamat Umat


Wallpaper ini diadaptasi dari design kepada satu seminar yang pernah dianjurkan yang telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Moga poster ini mampu membentuk rakyul am rakyat Malaysia akan perjuangan yang sepatutnya diemban semua umat Islam untuk mengembalikan kegemilangan Islam, menjaga maruah Islam dan menjamin keharmonian dunia amnya.


Links to this post |

Read Users' Comments ( 0 )

Satu Khilafah adalah kemerdekaan sebenar (+ wallpaper edisi khas)



Assalamualikum...

Saban tahun apabila menyambut kemerdekaan, akan kedengaran orang-orang yang berkata "kita masih belum merdeka" atau "pimikiran kita masih terjajah"...

Ia.. Sememangnya apa yang dikatakan itu benar malah lebih besar dari itu, bukan sekadar "pemikiran" kita.. Malah secara umumnya pemikiran , perasaan dan sistem kehidupan kita masih tidak merdeka dan dibelenggu dengan racun sekularisma yang ditanam sejak "kemerdekaan palsu" dihadiahkan oleh British.

Hari ini, Islam yang diamalkan hanya terhad kepada Solat, Puasa, zakat, haji, nikah kawin, cerai... Ekonomi, politik, social, pendidikan, dan lain-lain semuanya berteraskan sistem sekular. Jika dibuat statistik, tidak lebih daripada 20% daripada hukum Islam dilaksanakan..

Umat Islam akan berterusan dibelenggu pemikiran, perasaan dan sistem yang mengaturnya (baca = tidak merdeka) selagi tiadanya transformasi secara pukal (kaffah) hingga Islam dikembalikan di dalam kehidupan.

"Kemerdekaan palsu" ini bukan hanya terjadi di Malaysia.. Malah seluruh negara-negara umat Islam.

Kemerdekaan yang hakiki hanya akan dicapai apabila umat Islam menjadi umat yang satu.. dipimpin oleh kepemimpinan yang satu yakni khalifah...Hidup dalm sebuah negara yang dikenali dengan Daulah Khilafah.

Seruan Jihad yang satu akan disahut oleh seluruh umat Islam menentang musuh-musuh Islam hingga mereka gentar dan Islam menjadi negara super power.Seluruh kehidupan Islam akan dilaksanakan dari segi ekonomi, politik, pendidikan, sosial dan lain-lain hingga keamanan dicapai untuk seluruh warga negaranya dan kemiskinan dibanteras..

Tidak mustahil kegemilangan Islam dizaman Umar Abd Aziz akan kembali dimana tiada umat Islam yang miskin dan semuanya menolak untuk menerima zakat.

Semuanya InsyaAllah boleh dicapai jika seruan 1 Khilafah kita laungkan bersama..

SATU KHILAFAH: SYARIAH DIDAHULUKAN MARDHATILLAH DIUTAMAKAN


Dibawah ini saya sertakan design wallpaper eksklusif untuk perjuangan 1 Khilafah.. InsyaAllah mampu menyerikan paparan di komputer anda sambil memberi inspirasi dan semangat untuk teruskan perjuangan..






Links to this post |

Read Users' Comments ( 2 )

Salam Ramadan Mubarak...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Salam Ramadan Mubarak buat sahabat-sahabat dan semua pengunjung blog ini..
Alhamdulillah kita telah menempuh bulan yang paling dimuliakan Allah saban tahun.. yakni bulan Ramadan..

Besar dan mulianya bulan Ramadan ini digambarkan oleh Rasulullah s.a.w, dengan nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan... MasyaAllah..

Pernakah anda membaca khutbah Rasulullah ketika menjelangnya bulan ramadan ini?

Khutbah ini menyuntuh kalbu saya walaupun dibaca berkali-kali.. Ayat2 yang disusun menyentuh kalbu.. memberi harapan baru untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik.. Jadi, saya sertakan teks khutbah itu disini moga-moga anda juga peroleh manfaat dengan membacanya...

Ramadan ini, marilah kita sematkan azam untuk semarakkan amalan ibadah kita dan semarakkan juga perjuangan membela nasib umat Islam dan Islam itu sendiri sehingga Islam menjadi rahmatan lilalamin...

Krisis umat islam di Palestin yang tidak berkesudahan.. 21 Ogos yang lepas, sehari sebelum ramadan, merupakan ulang tahun ke 40 Masjid al-aqsa dibakar oleh yahudi laknatullah..

Tak jauh drpd kita, di selatan thai, pada 1 Ramadan (2 hari yang lepas) 3 org awam Islam ditembak mati dalam krisis yang telah lama membelenggu umat Islam disana yang nampaknya tiada kesudahan dan tidak mendapat pembelaan...

Ya Allah...
Mudah-mudahan Ramadan kali ini merupakan Ramadan terakhir umat Islam hidup sengsara tanpa pembelaan...
Berilah keinsafan pada Umat Islam yang lena dalam kelapaan dunia agar mereka sedar dan bangkit memperjuangkan Islam..
Jadikanlah Ramadan tahun hadapan, umat Islam kembali bersatu..
Agar nasib umat Islam terbela..
Agar umat Islam walau dimana ceruk dunia sekalipun..
Meraikan Ramadan dengan kebahagiaan dan keinsafan..
Hidup sebagai umat yang satu..
Dibawah kepimpinan yang satu..
Dan negara yang satu.. Daulah Khilafah..
Sehingga Islam akan benar-benar menjadi Rahmat untuk sekalian Alam..

Amiin ya rabbal alamiin...


p/s - Saya ada sertakan beberapa design wallpaper sempena Ramadan pada entri sebelum ini.. Untuk dikongsi bersama dengan anda semua..


Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat.

Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga.

Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan.

Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya.

Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."

[HR Ibnu Khuzaimah]


Links to this post |

Read Users' Comments ( 1 )

Wallpaper: Semarakkan Ramadan dengan Ruhiyah dan Perjuangan

Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan beberapa design peribadi untuk dikongsi bersama..

Design dibawah ini kebanyakannya design yang dah sedia ada.. Cumanya saya memberi nafas baru dengan beberapa sentuhan peribadi.. Kiranya design ini hasil inovatif saya..

Diharapkan anda menyukainya...

Salam Ramadan Mubarak untuk semua..








Links to this post |

Read Users' Comments ( 0 )

Wallpaper Ramadan

Salam...
Di bawah ini saya lampirkan koleksi wallpaper yang saya jumpa di internet dan telah diedit agar saiznya 1280x800..
InsyaAllah wallpaper ramadan yg dibuat oleh saya akan menyusul dalam masa yang terdekat ini...
Klik pada gambar untuk download saiz asal


















Links to this post |

Read Users' Comments ( 2 )

Persoalan-persoalan tentang demokrasi???

Persoalan-persoalan di bawah ini mungkin bermain di fikiran maupun dibenak hati anda...

  1. Apakah Demokrasi sesuai dengan Islam kerana Islam seperti juga demokrasi menyeru kepada kebebasan, persamaan dan hak asasi manusia?
  2. Apakah Demokrasi sebenarnya milik umat Islam yang dicuri oleh Barat?
  3. Apakah Demokrasi hanyalah alat/cara untuk memilih pemimpin, justeru ia langsung tidak bertentangan dengan Islam?
  4. Benarkah Demokrasi itu sama sahaja dengan pilihanraya?
  5. Benarkah Demokrasi sama dengan syura di dalam Islam?
  6. Benarkah Demokrasi dapat mewujudkan kesejahteraan kepada manusia?
  7. Benarkah tidak ada dalil yang mengharamkan Demokrasi kerana Nabi SAW bersabda, "Apa yang didiamkan itu merupakan keringanan"?
  8. Bolehkah kaedah syarak "Ma la Yatimul Wajib Illa Bihi Fahuwa Wajib" menghalalkan demokrasi?
  9. Sampai bila umat Islam akan mengharapkan Demokrasi?
  10. Apakah tidak ada sistem lain yang lebih baik dari Demokrasi?
  11. Apakah perbezaan sistem Demokrasi dan Sistem Khilafah?
  12. Tidak yakinkah ada bahawa Khilafah akan kembali dan menjadi penyelamat umat?


Masih banyakkah persoalan tentang demokrasi dan Khilafah yang bermain di benak anda?

Anda dijemput datang beramai-ramai untuk memahami dengan tepat konsep demokrasi, pilihan raya, suara majoriti, syura dan penggubalan undang-undang dari perspektif yang sebenar. Luangkan masa untuk menghadiri seminar anjuran Hizbut Tahrir Malaysia berhubung isu ini yang bertemakan “Demokrasi Di Penghujung Hayat, Khilafah Penyelamat Umat.”

Keterangan lanjut berkaitan seminar ini boleh dibaca pada entri sebelum ini..


Links to this post |

Read Users' Comments ( 2 )

Pandangan Ulamak tentang Demokrasi

Sedikit review tentang pandangan Ulamak berkaitan pembahasan demokrasi ini..
Para ulama yang halus pandangan serta ijtihatnya dalam perbincangan demokrasi tentu akan memutuskan bahawa demokrasi bukan sahaja tiada kaitan dengan Islam malah bertentangan dengan Islam. Antara ulama yang mengkritik dan memberi pandangan negatif terhadap demokrasi adalah seperti berikut :

1) Adnan ali Ridha an-Nahwi dalam kitabnya Syura La ad-Dimuqrathiyah halaman 103. Ia menyatakan "Dalam kehidupan dunia kebenaran pendapat tidaklah diukur dan di tetapkan oleh sedikit atau banyaknya jumlah orang yang melakukanya. Kebenaran itu wajib di ukur dan ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip dan minhaj rabbani yang diturunkan dari langit".

Sheikh Abul A'la al-Maududi


2) Sheikh Abul A'la al-Maududi (Pengasas Jamaati Islami) dalam kitabnya Al-Islam wa al-Madaniyah al-Haditsah halaman 36. Beliau mengatakan "Telah saya katakan sebelumnya bahawa pengertian demokrasi dalam peradapan moden adalah memberi kekuasaan membuat hukum kepada majoriti rakyat. Maka dari itu kita menentang sistem sekular yang nasionalis-demokrasi baik yang di tegakkan oleh orang barat atau pun timur, Muslim atau non Muslim".

3) Muhammad Yusuf Musa dalam kitabnya Nizham al-Hukm fi al-Islam halaman 245, dia berkata "Sesungguhnya sistem pemerintahan Islam bukanlah sistem demokrasi baik dalam pengertiannya menurut kaum yunani kuno mahupun dalam pengertian yang moden".

4) Anwar al-Jundi dalam kitabnya Sumum al-Istisyraq wa al-Mustasyriqun fi al-Ulum al-Islamiyah halaman 96. Ia mengatakan "Pemikiran politik Islam berbeza dengan pemikiran demokrasi barat, diantaranya kerana kedaulatan dalam sistem politik Islam bukanlah di tangan umat seperti sistem demokrasi juga bukan di tangan para pemimpin seperti dalam sistem diktaktor, melainkan ada dalam penerapan syariah Islam, dengen demikian sistem politik Islam sangat jauh berbeza dengan sistem apa pun yang menyimpang itu ".


Sheikh Muhammad al-Ghazali

5) Sheikh Muhammad al-Ghazali beliau mengkritik demokrasi dalam kitabnya Min Huna Na'lam halaman 93, Beliau membantah Khalid Muhammad Khalid yang membenarkan pemerintahan demokrasi ,katanya "Adalah perkara yang haq bahawa orang2 yang menerapkan demokrasi sebagai sesuatu yang ideal. Hakikatnya ia adalah orang2 yang rendah moralnya dan lebih buruk pengaruhnya dibandingkan dengan orang2 yang menyalah gunakan agama, Pada saat mereka menerapkan hukum2 yang zalim , Mari kita lihat sekilas sistem demokrasi ketika diterapkan di negeri Mesir, Mesir berada di tangan tuan-tuanya dari penduduk Eropah yang menjadi utusan Eropah atau yang menjajah kita".


Sheikh Abdul Qadim Zallum

6) Sheikh Abdul Qadim Zallum dalam kitabnya Ad-Dimuqrathiyah Nizham Kufr : Yahrumu Akhdzuha aw Tathbiquha aw ad- Da'wata ilayha, Beliau menyatakan "Demokrasi yang di jaja barat yang kafir ke negeri2 muslimin sesungguhnya merupakan sistem kufur ,Tidak ada hubungganya dengan Islam sama sekali ,Baik secara langsung mahu pun tidak langsung ,Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum2 Islam baik secara global atau pun secara sebahagian ,Oleh kerana itu kaum Muslimin di haramkan secara mutlak untuk penggambilnya,menerapkanya atau menyebarluaskanya".

7) Dr. Fathi Ad Darini, salah seorang ulama besar dalam fiqih siyasah. Dalam kitabnya Khasha`ish At Tasyri’ Al Islami fi As Siyasah wa Al Hukm halaman 370 Dr. Fathi Ad Darini berkata : ”Sesungguhnya sistem-sistem demokrasi Barat, dalam substansinya hanyalah merupakan ungkapan dari politik tersebut (sekularisme—penerj.) dan sudah diketahui bahawa demokrasi –pada asalnya— bersifat individualistis dan etnosentris".

8) Muhammad Asad dalam kitabnya Minhaj Al Islam fi Al Hukm halaman 52 mengatakan :
“Adalah merupakan penyesatan yang sangat luar biasa, jika ada orang yang mencoba menerapkan istilah-istilah yang tidak ada hubungannya dengan Islam pada pemikiran dan peraturan/sistem Islam.”



Links to this post |

Read Users' Comments ( 1 )

From Pantai Port Dickson with love..

Wallpaper Khilafah Beach (^_^)


"O Mankind! fear your Guardian Lord, who created you from a single person, created, out of it, his mate, and from them twain scattered (like seeds) countless men and women; - fear Allah, through whom ye demand your mutual rights, and be heedful of the wombs that bore you: for Allah ever watches over you"
[TMQ 4:1]

"And among His signs is the creation of the heavens and the earth, and the variations in your languages and your colours; verily in that are Signs for those with sound knowledge"
[30:22]


Lets strengten our ukhuwwah above the boundries line, over the color of your skin.. Because, we Muslims have are one ummah.


Links to this post |

Read Users' Comments ( 2 )

Poster: Selamatkan Palestin dengan Khilafah

Klik pada poster untuk download

Salam.. Ehm.. Lama dah saya tak update blog ini.. Kalini saya akan postkan kembali poster yang pernah diterbitkan pada masa isu rejim yahudi membantai umat Islam di GAZA. Poster ini akan sentiasa evergreen selagi masalah umat Islam di Palestin tidak selesai.. Disebabkan itu saya letak poster ini walaupun isu Palestin tidak hangat ketika ini.

Poster ini memaparkan penyelesaian sebenar untuk masalah Palestin. Poster yang berbaloi untuk dijadikan koleksi peribadi, ditampal di kediaman anda dan disebar-sebarkan..

Penyebaran poster ini amatlah digalakkan..


Links to this post |

Read Users' Comments ( 1 )

Wallpaper : Demi masa..




Wallpaper kali ni juga bukan saya yang design.. Just buat sedikit adjustment dan resize agar jadi size ini.. Design yang menarik untuk dikongsi bersama..
p/s- Just for information, wallpaper yg saya design akan ada lnk web ini. Yang bukan ana design takkan ada link web ni. Macam biasa, klik pada gambar utk download




Links to this post |

Read Users' Comments ( 1 )

Wallpaper siyasah

wallpaper 1280x800 (klik pd gambar utk download)


Links to this post |

Read Users' Comments ( 0 )

Taqarrub ilallah: Mendekati untuk taat..

Wahai diriku..
Tulisan ini adalah untukmu..
Agar kau tidak terlalu alpa..
Agar jika kau terpesong, kembalilah kepada-Nya..
Agar hati dan jiwamu memperoleh ketenangan..
Agar kau senantiasa dekat pada-Nya..

Ingatlah wahai diriku..
Sesungguhnya hidup ini hanya sementara..
Dan apa yang kau ada adalah pinjaman belaka..
Senyuman manismu..
Kemahiranmu..

Akal fikiranmu..
Semuanya akan dinilai dihari kemudian..
Kemanakah nikmat yang telah diberi kau gunakan?


TAQARRUB ILALLAH
“Mendekati untuk Taat”


Ruang Lingkup Taqarrub Ilallah
Utamakan yang wajib, sempurnakan diri dengan yang amalan sunnah
(Hadits Qudsi dalam Shahih Bukhari)

Bertaqarrub adalah..
Ketika berhubungan dengan Allah,
Ketika berhubungan dengan diri sendiri,
Ketika berhubungan dengan orang lain…
dengan motto :
Pergiat amalan yang wajib dan sunnah,
Jauhi amalan yang haram dan makruh,
Jangan terlena dengan amalan yang mubah(harus)


Kunci Taqarrub Ilallah
Iman dan menyedari hubungan kita (sebagai hamba) dengan Allah swt. Sang Pencipta sebagai ma’bud.

Antara amalam-amalan Taqarrub Ilallah


  1. Membaca Al Quran (meresapi makna untuk mencerahkan akal dan jiwa)
  2. Sholat Malam (meraih disiplin orang soleh)
  3. Bergaul dengan orang-orang soleh (mendapat ilmu dan nasihat)
  4. Berpuasa (lapar untuk sadar)
  5. Dzikir malam (membiasakan dzikir di malam hari)

Janji Allah dan hadis Rasullullah pada orang yang bertaqarrub kepada Allah

“Dan sekali-kali bukanlah harta dan bukan (pula) anak-anak kamu yang mendekatkan kamu kepada Kami sedikitpun; tetapi orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, mereka itulah yang memperoleh balasan yang berlipat ganda disebabkan apa yang telah mereka kerjakan; dan mereka aman sentosa di tempat-tempat yang tinggi (dalam surga).”
(Saba’ [34]: 37)

Hadits Bukhari tentang sikap Allah kepada hamba-Nya yang bertaqarrub kepada-Nya:

“Jika seorang hamba mendekat kepada-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya sehasta; jika ia mendekati-Ku sehasta, aku akan mendekatinya sedepa; jika ia datang kepada-Ku dengan berjalan, Aku akan mendekatinya dengan berlari”

“Dan tiada bertaqarrub (mendekat) kepada-Ku seorang hamba dengan sesuatu yang lebih Ku sukai dari pada menjalankan kewajibannya ”
(Shahih Bukhari Juz XI, hal. 299, 297 )

“Tiada henti-hentinya hamba-Ku mendekatkan dirinya kepada-Ku dengan perbuatan-perbuatan sunnah nafilah sehinggga Aku mencintanya. Kalau Aku sudah mencitainya, maka aku akan menjadi pendengarannya yang ia mendengar dengannya dan Aku akan menjadi penglihatannya yang ia melihat dengannya; dan Aku akan menjadi tangannya yang ia pergunakan; dan Aku akan menjadi kakinya yang ia berjalan dengannya. Jika ia meminta kepada-Ku niscaya akan Kuberi apa yang ia minta; dan jika ia memohon perlindungan pada-Ku niscaya Aku lindingi”
(lihat Fathul Baari, Syarah Shahih Bukhari, XI/341-345, lihat Fauzie Sanqarith & Muahammad Al Khaththath, Taqarrub Ilallah, hal V dan X)


Hadits tentang dzikir di malam hari yang biasa dibaca Rasulullah saw. sebelum shalat tahajjud:

اَللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَ اْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُوْرُ السَّمَوَاتِ وَاْلأَرْضِ وَمَنْ فِيْهِنَّ وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَائُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ وَالنَّارُ حَقٌّ وَالنَّبِيُّوْنَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَ السَّاعَةُ حَقٌّ اَللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ فَاغْفِرْ لِيْ مَاقَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَاأَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ

Sahabat Ibnu Abbas meriwayatkan hadits bahwasanya Nabi saw. pada saat bangun malam untuk bertahajjud mengucapkan:

“Ya Allah, bagi-Mu segala puji; Engkau Pemelihara langit dan bumi serta yang ada di antara keduanya. Dan bagi-Mu segala puji,bagi-Mu kekuasaan langit dan bumi serta yang ada di antara keduanya. Dan bagi-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta yang ada di antara keduanya. Dan bagi-Mu segala puji, Engkau Maha Benar, janji-Mu benar, bertemu dengan-Mu benar, firman-Mu benar, surga itu benar, neraka itu benar, para nabi benar, dan Nabi Muhammad saw. adalah benar, serta kiamat itu benar. Ya Allah, hanya kepada Engkaulah aku berserah diri, hanya kepada Engkaulah aku beriman,hanya kepada Engkaulah aku bertawakkal, hanya kepada Engkaulah aku kembali, hanya karena Engkaulah aku berdebat, dan hanya kepada Engkaulah aku meminta keputusan hukum, maka ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan yang kemudian, serta dosa-dosaku yang tersembunyi dan terang-terangan, Engkaulah yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan kecuali Engkau, dan tiada daya serta tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah”.


Links to this post |

Read Users' Comments ( 3 )

Membazir yang tidak berdosa?

( sekadar gambar hiasan)


Al- Isra’ ayat 27:
Innal mubazzirina kanu ikhwana asy-syayaathin, wakana asy-syaithaanu lirabbihi kafuraa..
"Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah mahkluk yang sangat kufur kepada Tuhannya"


Berdasarkan ayat ini, jelas menunjukkan perbuatan membazir adalah haram dan merupakan kemaksiatan (berdosa) kepada pelakunya ..

Dibawah ini saya senaraikan situasi-situasi yang memang biasa dilakukan dalam kehidupan harian yang boleh dikaitkan dengan isu membazir ini.. Mungkin anda juga sering lakukannya.. Berdasarkan pemahaman anda, adakah situasi-situasi ini berdosa yakni melakukan keharaman kerana membazir??

1. Ramai diantara kita sudah ada banyak koleksi pakaian yang mencukupi malah ada pakaian yang didalam almari tu yang jarang dipakai .. Tapi masih tertarik untuk beli baju baru.. Adakah perbuatannya ini membazir dan berdosa?

2. Ramai diantara kita yang mempunyai hobi mengumpul barang-barang.. Contohnya kumpul stem, key-chain, komik, pen, kad, dan banyak lagi.. Benda tu tak digunakan sgt pun.. Just untuk suka-suka.. Kalau jual balik pun majoritinya dijual harga yang murah.. Dan biasanya mereka takde niat nak jual apa yang mereka kumpul ini.. Adakah hobi mereka ini membazir dan berdosa?

3. Anda mempunyai kemampuan untuk membeli pen yang mahal.. Pen yang harganya over RM100. Tapi bukankah jika ikut keperluan, pen yang harga RM5 juga boleh menulis dan sedap digunakan.. Jadi jika anda membeli juga pen yang harga RM100++ tu, adakah anda melakukan pembaziran dan berdosa?

4. Kes yang sama juga jika anda beli handphone, jam, cermin mata, kereta, moto, dan lain-lain.. Anda mampu beli yang mahal.. Tapi sbnrnya fungsi yang sama anda boleh beli dengan harga yang lebih murah.. Instead of beli kereta ferrari, lebih murah jika beli kereta Toyota, Proton.. Instead beli handphone RM1000++, fungsi yang sama boleh didapati pada handphone yang harga RM500.. Jika anda beli juga yang mahal, adakah ianya membazir dan berdosa?

5. Peniaga-peniaga di restoran, café, kantin, warung, hatta penjual kecilan2 menjual nasi lemak dll, kebiasaannya, selepas berniaga akan ada banyak makanan yang lebih.. Dan biasanya mereka buang makanan itu.. Adakah mereka membazir dan berdosa?

6. Kerap kali juga ibu kita memasak makanan yang berlebihan terutamanya jika ada tetamu hadir.. At the end of the day, akan ada banyak makanan yang berlebihan yang kalau simpan sampai esok akan basi.. Dan makanan itu dibuang…

7. Perspektif yang lain.. Kita nak pergi satu tempat yang mana boleh naik bas dan teksi. Tambang bas lebih murah.. Tapi kita tetap nak naik teksi.. Atau balik kampung.. Instead of naik bas, kita naik kapal terbang..

8. Situasi yang lebih simple, waktu makan.. Kita beli makanan seadanya ikut kemahuan.. selepas makan, tiba2 terasa kenyang dan tak mampu abiskan makanan kita itu.. Adakah kita membazir dan berdosa? Kes lain.. Kita makan abis, tapi kita tinggalkan lauk yg tidak kita gemar.. contohnya, bila makan telur masin, makan telur putih je.. telur kuning tak makan.. Ataupun ambil sayur, kita makan daunnya sahaja.. batang ditinggalkan.. Adakah bahagian yang ditinggalkan itu membazir dan kita berdosa?

9. Situasi lain, kita bersama keluarga pergi makan angin.. Dan bila tiba waktu mkn, kita pergi ke restoran yang mewah.. Yang mana jika kita pergi restoran yang sederhana mewah juga sedap makanannya..

10. Situasi simple yang lain seperti pasang tv tapi takde orang yang melihat.. pasang kipas tapi tak tutup bila pergi kelas..waktu gosok gigi, dibiarkan air paip terbuka.. Dibiarkan laptop atau computer terbuka tapi anda sedang lakukan benda lain..


Dan banyak lagi situasi yang saya yakin anda sendiri boleh keutarakan dan mempersoal adakah ianya membazir atau tidak…

Dan jika difikir-fikirkan, salah satu atau banyak situasi yang saya nyatakan ini, pernah kita lakukan.. Malah mungkin ada situasi yang kita buat hari-hari.. Aduhai.. Maknanya jika benarlah semua situasi diatas merupakan pembaziran dan merupakan kemaksiatan (berdosa), maka ramailah or majoriti dari kita hari-hari melakukan dosa.. dan bertimbun-timbunlah dosa yang kita raih drpd amalan membazir yang dilakukan dgn istiqamah setiap hari ini..

Persoalan yang berbangkit adalah:
Apakah batasan (guideline) untuk mengatakan sesuatu itu membazir atau tidak?
Untuk mereka yang berpendapatan rendah, membeli pen RM100 mungkin melampau bagi mereka.. Tapi bagi mereka yang bergaji 5angka, pen RM100 murah..

Persoalan yang paling utama ialah:
Apakah sebenarnya definasi membazir dalam Islam?

Imam asy-Syafie telah mendefinasikan pembaziran itu dengan pengertian “membelanjakan harta bukan pada jalan kebenaran”


Menurut Imam at-Thabari berkaitan isu membazir ini, menghambur-hamburkan harta di jalan kemaksiatan kepada Allah adalah wali-wali syaitan.

Pandangan 2 Imam yang mukhtabar ini boleh saya simpulkan bahawa definasi pembaziran itu ialah membelanjakan harta pada kemaksiatan kepada Allah, kepada perbuatan atau transaksi haram dan untuk kerosakan.

Contoh:
- Mengeluarkan belanja untuk membeli arak atau untuk berjudi.
- Membeli kereta, rumah dan barang-barang dengan transaksi riba’.

Perbelanjaan yang sebegini, walaupun dibelanjakan wang yang sedikit hatta 20sen sekalipun (cth: beli tikam), adalah dikira membazir dan perbuatan maksiat yang mendapat dosa..

Salah faham tentang istilah pembaziran..

Jika anda mampu untuk hidup senang atau mewah dari pekerjaan anda yang halal, bukanlah pembaziran jika anda membeli pakaian yang mahal2, kereta mewah, rumah banglo dan lain-lain..

Ada yang mengatakan mereka yang berpendapatan rendah tapi membazir krn cuba untuk hidup mewah diluar kemampuannya kerana nak berlagak, riak etc.. Hinggakan nafkah keluarga diabaikan.. Dalam kes ini, yang menjadi isu bukanlah perbuatannya yang membazir.. Perbuatannya membeli barang yang mewah bukanlah keharaman.. Tapi perbuatan dosa yang dia lakukan adalah tidak menunaikan tanggungjawab memenuhi nafkah keluarga yang wajib baginya.. dan juga sifatnya yang riak..

Sifat Syukur, tidak boros dan Menderma..
Namun, Allah amat suka hambanya yang syukur dengan nikmat yang Dia kurniakan..

Surah Ibrahim ayat 7:
Bermaksud : " dan ingatlah tatkala Tuhan kamu memberitahu demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah berat " .

Surah Al-Isra’ ayat 26:
Bermaksud : " Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang-orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros dan melampau-lampau " .

Amatlah mulia sifat seseorang yang dikurniakan Allah rezeki yang melimpah ruah, namun dia tidak sombong, tidak boros berbelanja, dan selalu infakkan hartanya ke jalan Allah s.w.t.



Links to this post |

Read Users' Comments ( 3 )

Walpaper : Khilafah adalah janji Allah & Kefardhuan



Wallpaper yg sesuai untuk mereka yang jiwa seni, yang cintakan kedamaian..
Ehm.. 3 hari berturut2 saya release wallpaper.. For next design, kene tunggu lepas exam la kot.. Right now is my critical time. Kene fokus pada project final year and my very last end of semestar exam before graduate.. InsyaAllah..


Links to this post |

Read Users' Comments ( 0 )