tag:blogger.com,1999:blog-4111447183008368135.post3458057923573055278..comments2023-09-18T18:22:31.086+08:00Comments on :: ◦Syabab Tajdid◦™ ::: Kisah Benar : Deritanya Hidup dalam negara sekularSyabab Tajdidhttp://www.blogger.com/profile/14364776064389848992noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-4111447183008368135.post-3345149332736304932009-03-18T02:19:00.000+08:002009-03-18T02:19:00.000+08:00Syukran atas komen yg panjang labar ini.. link ant...Syukran atas komen yg panjang labar ini.. link anta still unserconstruction ek? Bila dh publish, bgtaula ye..

Banyak point2 yang berguna yg anta cuba sampaikan.. Ana akan cuba menerima "kemanisan" dugaan Allah pd ana dgn redha.. Mudah2an ada kebaikkannya pada ana..Anonymousnoreply@blogger.comtag:blogger.com,1999:blog-4111447183008368135.post-48210988540165697062009-03-18T00:29:00.000+08:002009-03-18T00:29:00.000+08:00Assalamualaikum wbtRealiti yang menarik untuk difi...Assalamualaikum wbt

Realiti yang menarik untuk difikirkan bersama; bukan saja bagi sahabat2 yang berkecimpung dalam bidang perubatan (saya yakin, emosi anda pasti terganggu dengan situasi di atas.), tetapi buat yang lain juga sebagai peringatan. Usah menunggu diri 'terkena', barulah mulai berfikir tentang masalah dan kesakitan saudara-saudara kita di luar sana. baru terasa peritnya hidup di dalam sistem sekular-kapitalis..

Saya pernah terpandang sebuah iklan yang terpampang pada sebuah bas awam. Iklan tersebut sangat menarik dan mengesankan (rugi rasanya tak ambil gambar)..karikatur yang menggambarkan seorang pesakit berdiri di hadapan kaunter bayaran hospital sambil memegang kakinya yang berbalut dan bertongkat (hampir sama dengan kes saudara)..plot seterusnya dari karikatur tersebut ialah gambaran pesakit tersebut pengsan sambil memegang resit bayaran hospital (pastinya dengan angka yang mengejutkan!)..maksudnya, walaupun pesakit tersebut telah 'pulih' (keadaan stabil dan boleh discharge dari wad. pastinya beliau masih memerlukan follow up seterusnya), tetapi beliau akhirnya kembali 'sakit', malah sehingga pengsan dengan bil perubatan yang membebankan....sudah jatuh ditimpa tangga!. Itulah realiti pesakit yang kerap saya perhatikan. memang menyedihkan..

Atas kapasiti individu, memang tiada apa yang mampu untuk dilakukan untuk mengubah sistem kesihatan hari ini. Kerana sistem tersebut tidak berdiri secara independant, tetapi berkait rapat dengan sistem2 yang lain seperti sistem ekonomi, politik, sosial etc. Maka mengubahnya secara parsial tidak mungkin akan menyelesaikan masalah. Cthnya, dengan menyediakan insuran2 dan takaful yang menawarkan bantuan perubatan jika diperlukan, dan bantuan dari team khidmat sosial (social workers) etc..kerana options tersebut tidak mencakupi semua kelompok masyarakat dan hukum insuran/takaful itu sendiri boleh diperdebatkan kesahihan dan status hukumnya dalam Islam

Hak untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan terbaik secara percuma adalah hak rakyat yang perlu dipenuhi oleh pemerintah. Dan hukumnya adalah WAJIB. Umat layak untuk menuntut hak tersebut, insyaALLAH setelah berdirinya sistem Islam secara bernegara. Pada masa yang sama, perlu juga disedari, bukan maslahat (untuk kesenangan materi semata-mata. cth, mendapat kemudahan kesihatan dan pendidikan percuma) yang dikejar, tetapi inilah hukum syarak yang perlu diterapkan. Sebuah kaedah fiqh menyebutkan yang mafhumnya 'jika ditegakkan hukum syarak, maka tercapailah maslahat'. . InsyaAllah, dengan tertegaknya Daulah Khilafah Islamiyyah kelak, sistem Islam yg berperanan sbg rahmatan lil 'alamin akan menjamin kemaslahatan seluruh umat, termasuklah menyelesaikan masalah dalam sistem kesihatan hari ini.

Selagimana sistem Islam tidak diterapkan secara kaffah, selagi itulah bebannya terletak di bahu-bahu kita untuk berganding tangan dan menggembleng usaha agar daulah Islamiyyah itu berjaya ditegakkan. sesungguhnya, itulah janji Allah dan RasulNya yang pasti...tiada dalih dan alasan di hadapan Allah kelak jika melalaikan tugasan terbesar ini. Mudah-mudahan, kita dikurniakan hidayahNya dan istiqamah menapaki jalan dakwah ini..ameeen

wassalam.

p/s: Saya tidak berniat untuk berkongsi pandangan tentang masalah kesihatan saudara. pertamanya, saya belum mengikuti posting orthopedics menyebabkan saya agak blur sedikit. keduanya, saudara pasti telah mendengar banyak pandangan dari pakar tentang masalah tersebut. Apapun, moga terus menikmati 'kemanisan' ujian dariNya dan insyaALLAH, berbalas kebaikan atas kesabaran saudara.Anonymousnoreply@blogger.com