;
Showing posts with label Hari Kebesaran. Show all posts
Showing posts with label Hari Kebesaran. Show all posts

Salam Aidilfitri buat semua

Salam.. kemeriahan perayaan aidilfitri sudah dirasakan.. Jadi disini saya tidak ketinggalan ingin mengucapkan salam Aidilfitri buat semua sahabat2, kenalan, dan semua penginjung blog ini..

Tahun ini saya berbaju purple..Anda pula baju raya warna apa tahun ni? hehe.. Tadi saya baru lepas berjumpa doktor dan telah diberi lesen untuk blaja berjalan.. Alhamdulillah.. penderitaan hidup tanpa kaki kanan berakhir selepas 3 bulan. Syukur.. dapat juga saya beraya kerumah sedara mara.. Saya kene rajin2 exercise ni.. Agar boleh jalan dgn baik semula..

Moga tarbiyah ramadan yang sedang kita lalui ini, berterusan dengan amalan ruhiyah, akhlak, dan semagat perjuangan yang makin membara..

Disini saya sertakan sajak dan kad hari raya daripada Hizbut Tahrir Malaysia untuk anda semua...

YANG PERGI ITU AKAN KEMBALI

Gembira di Idul Fitri ini
takkan dapat menggalang ganti
sedih dan pedih peri
kerana ibunda pertiwi
tiada di sisi..

Ibunda pergi kerana makar keji
Inggeris bersama Attartuk si Yahudi
busuk menusuk belati sekularisasi
yang bersepuh racun demokrasi
di malam berkobar api konspirasi
terkaparlah ibunda dilayar pergi
meninggalkan kita, anakandanya sepi sendiri

Seketika itu jua..
pudar purnama, muram mentari
seluruh buana dilitupi kesedihan ngeri

Di kala makhluk rabbani
di langit dan di bumi
dalam isak meratapi pemergian ini
bertepuk sorak pula iblis-iblis imperialis
menari puas direntak melodi sinis
meraikan malapetaka kubra ini
setelah berabad mereka ditemani hasad menanti

Wahai saudaraku!
berlalu sudah 88 tahun...sejak 28 Rajab 1342 Hijriyyah
Idul Fitri kita sambut dalam sugul yang tak tertahan
dijeruk rasa penuh kehilangan
ibarat anak yatim yang sunyi
dari belaian ibunya yang sejati
disayup gema takbir Idul Fitri

Maka di sini kami berdiri
dengan seruan setulus hati
gandinglah tangan ikhlas ini
agar kembali tertegak Khilafah yang dijanji!

Ayuh saudaraku!
singsing lengan bajumu
jauh tinggi di atas siku
melangkahlah dengan derap yang gagah
bersama kami menguak segala payah
untuk menempuh jalan ke fitrah
supaya kita berjaya masuk ke seluruh gerbang syariah
jangan kau mundur jangan menyerah kalah

Semoga kita..
memperolehi mardhatillah wa maghfirah
di Idul Fitri ini bersama mengorak langkah
berjuang demi kesatuan dan kegemilangan ummah
dalam dakapan ibunda sejati yang didamba penuh tabah
Khilafah Ar-Rasyidah ’Ala Minhaj Nubuwah

Di kesempatan ini..
kami ucapkan "Selamat Menyambut Idul Fitri"
semoga kita diziarahi kebahagiaan yang abadi
di bawah naungan redha Ilahi..


Hizbut Tahrir Malaysia
Di Gerbang Syawal
1430 H




|

Read Users' Comments ( 3 )

Salam Ramadan Mubarak...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh...

Salam Ramadan Mubarak buat sahabat-sahabat dan semua pengunjung blog ini..
Alhamdulillah kita telah menempuh bulan yang paling dimuliakan Allah saban tahun.. yakni bulan Ramadan..

Besar dan mulianya bulan Ramadan ini digambarkan oleh Rasulullah s.a.w, dengan nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan... MasyaAllah..

Pernakah anda membaca khutbah Rasulullah ketika menjelangnya bulan ramadan ini?

Khutbah ini menyuntuh kalbu saya walaupun dibaca berkali-kali.. Ayat2 yang disusun menyentuh kalbu.. memberi harapan baru untuk kita berubah menjadi insan yang lebih baik.. Jadi, saya sertakan teks khutbah itu disini moga-moga anda juga peroleh manfaat dengan membacanya...

Ramadan ini, marilah kita sematkan azam untuk semarakkan amalan ibadah kita dan semarakkan juga perjuangan membela nasib umat Islam dan Islam itu sendiri sehingga Islam menjadi rahmatan lilalamin...

Krisis umat islam di Palestin yang tidak berkesudahan.. 21 Ogos yang lepas, sehari sebelum ramadan, merupakan ulang tahun ke 40 Masjid al-aqsa dibakar oleh yahudi laknatullah..

Tak jauh drpd kita, di selatan thai, pada 1 Ramadan (2 hari yang lepas) 3 org awam Islam ditembak mati dalam krisis yang telah lama membelenggu umat Islam disana yang nampaknya tiada kesudahan dan tidak mendapat pembelaan...

Ya Allah...
Mudah-mudahan Ramadan kali ini merupakan Ramadan terakhir umat Islam hidup sengsara tanpa pembelaan...
Berilah keinsafan pada Umat Islam yang lena dalam kelapaan dunia agar mereka sedar dan bangkit memperjuangkan Islam..
Jadikanlah Ramadan tahun hadapan, umat Islam kembali bersatu..
Agar nasib umat Islam terbela..
Agar umat Islam walau dimana ceruk dunia sekalipun..
Meraikan Ramadan dengan kebahagiaan dan keinsafan..
Hidup sebagai umat yang satu..
Dibawah kepimpinan yang satu..
Dan negara yang satu.. Daulah Khilafah..
Sehingga Islam akan benar-benar menjadi Rahmat untuk sekalian Alam..

Amiin ya rabbal alamiin...


p/s - Saya ada sertakan beberapa design wallpaper sempena Ramadan pada entri sebelum ini.. Untuk dikongsi bersama dengan anda semua..


Khutbah Rasulullah SAW ketika menjelang Ramadhan

"Wahai manusia!

Sungguh telah datang kepada kalian bulan Allah yang membawa berkah, rahmat dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah. Hari-harinya paling utama. Malam-malamnya paling utama. Detik demi detiknya paling utama. Inilah bulan di mana kalian diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakan oleh-Nya.

Pada bulan ini nafas-nafas kalian menjadi tasbih, tidur kalian ibadah, amal-amal kalian diterima dan doa-doa kalian dikabulkan. Mohonlah kepada Allah, Tuhan kalian, dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Dia membimbing kalian untuk melakukan puasa dan membaca Kitab-Nya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah pada bulan agung ini.

Bersedekahlah kepada kaum fakir dan miskin. Muliakanlah orang tua. Sayangilah yang muda. Sambungkanlah tali persaudaraan. Jagalah lidah. Tahanlah pandangan dari apa yang tidak halal untuk kalian pandang. Peliharalah pendengaran dari apa yang tidak halal untuk kalian dengar.

Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosa. Angkatlah tangan-tangan kalian untuk berdoa pada waktu solat. Itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah ‘Azza wa Jalla memandang hamba-hamba-Nya dengan penuh kasih. Dia menyahut mereka ketika mereka menyeru-Nya, menyahut mereka ketika mereka memanggil-Nya dan mengabulkan doa-doa mereka ketika mereka berdoa kepada-Nya.

Wahai manusia!

Sesungguhnya diri kalian tergadai kerana amal-amal kalian. Oleh kerana itu, bebaskanlah dengan beristighfar. Belakang-belakang kalian berat kerana beban (dosa). Maka dari itu, ringankanlah dengan memperpanjangkan sujud.

Ketahuilah! Allah SWT bersumpah dengan segala kebesaran-Nya, bahawa Dia tidak akan mengazab orang-orang yang solat dan sujud, dan tidak akan mengancam mereka dengan neraka pada hari manusia berdiri di hadapan-Nya.

Wahai manusia!

Siapa saja di antara kalian memberi makan (untuk berbuka puasa) kepada orang-orang Mukmin yang berpuasa pada bulan ini, maka di sisi Allah nilainya sama dengan membebaskan seorang hamba dan diberi ampunan atas dosa-dosa yang lalu.

Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan sebiji kurma. Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun hanya dengan seteguk air.

Wahai manusia!

Siapa yang memperbaiki akhlaknya pada bulan ini, ia akan berhasil melalui sirath al-mustaqim pada hari ketika kaki-kaki tergelincir. Siapa yang meringankan pekerjaan orang-orang yang dimiliki tangan kanannya (pegawai atau pembantu) pada bulan ini, Allah akan meringankan persoalan-Nya pada Hari Kiamat.

Siapa saja yang menahan keburukannya pada bulan ini, Allah akan menahan murka-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa sahaja yang memuliakan anak yatim pada bulan ini, Allah akan memuliakannya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang menyambungkan tali silaturahmi pada bulan ini, Allah akan menghubungkannya dengan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya. Siapa saja yang memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya.

Siapa saja yang melakukan solat sunat pada bulan ini, Allah akan mencatatkan baginya kebebasan dari api neraka. Siapa saja yang melakukan solat fardhu, baginya pahala seperti melakukan 70 solat fardhu pada bulan lain. Siapa saja yang memperbanyak selawat kepadaku pada bulan ini, Allah akan memberatkan timbangannya pada hari ketika timbangannya ringan. Siapa saja pada bulan ini membaca satu ayat al-Quran, pahalanya sama seperti mengkhatamkan al-Quran pada bulan-bulan yang lain.

Wahai manusia!

Sesungguhnya pintu-pintu syurga dibukakan bagi kalian. Kerana itu, mintalah kepada Tuhan kalian agar tidak pernah menutupkannya bagi kalian. Sesungguhnya pintu-pintu neraka tertutup. Kerana itu, mohonlah kepada Tuhan kalian untuk tidak akan pernah membukakannya bagi kalian. Sesungguhnya syaitan-syaitan terbelenggu. Kerana itu, mintalah agar mereka tak lagi pernah menguasai kalian.

Wahai manusia!

Sesungguhnya kalian akan dinaungi oleh bulan yang senantiasa besar lagi penuh keberkatan, iaitu bulan yang di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Bulan yang mana Allah telah menjadikan puasanya suatu kefardhuan, dan qiyam pada malam harinya suatu tathawwu’.

Siapa saja yang mendekatkan diri kepada Allah dengan suatu amal kebajikan di dalamnya, samalah dia dengan orang yang menunaikan satu kefardhuan di dalam bulan yang lain. Ramadhan itu adalah bulan sabar, sedangkan sabar itu adalah pahalanya syurga.

Ramadhan itu adalah bulan memberi pertolongan dan bulan Allah memberikan rezeki kepada Mukmin di dalamnya.

Siapa saja yang memberikan makanan berbuka kepada seseorang yang berpuasa, yang demikian itu merupakan pengampunan bagi dosanya dan kemerdekaan dirinya dari neraka. Orang yang memberikan makanan itu memperoleh pahala seperti orang yang berpuasa tanpa sedikit pun berkurang.

Inilah bulan yang permulaannya rahmat, pertengahannya ampunan dan akhirnya pembebasan dari neraka. Siapa saja yang meringankan beban dari hamba sahaya, nescaya Allah mengampuni dosanya dan memerdekakannya dari neraka.

Kerana itu, perbanyakkanlah empat perkara pada bulan Ramadhan: dua perkara untuk mendatangkan keredhaan Tuhan kalian, dua perkara lagi yang sangat kalian perlukan.

Dua perkara yang pertama ialah mengakui dengan sesungguhnya bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan mohon ampunan kepada-Nya.

Dua perkara yang sangat kalian perlukan ialah memohon syurga dan perlindungan dari neraka. Siapa saja yang memberi minum kepada orang yang berbuka puasa, nescaya Allah memberi minum kepadanya dari air kolam-Nya, dengan suatu minuman yang dia tidak merasakan haus lagi sesudahnya, sehingga dia masuk ke dalam syurga."

[HR Ibnu Khuzaimah]


|

Read Users' Comments ( 0 )

Wallpaper: Semarakkan Ramadan dengan Ruhiyah dan Perjuangan

Alhamdulillah saya berjaya menyiapkan beberapa design peribadi untuk dikongsi bersama..

Design dibawah ini kebanyakannya design yang dah sedia ada.. Cumanya saya memberi nafas baru dengan beberapa sentuhan peribadi.. Kiranya design ini hasil inovatif saya..

Diharapkan anda menyukainya...

Salam Ramadan Mubarak untuk semua..








|

Read Users' Comments ( 0 )

Wallpaper Ramadan

Salam...
Di bawah ini saya lampirkan koleksi wallpaper yang saya jumpa di internet dan telah diedit agar saiznya 1280x800..
InsyaAllah wallpaper ramadan yg dibuat oleh saya akan menyusul dalam masa yang terdekat ini...
Klik pada gambar untuk download saiz asal


















|

Read Users' Comments ( 2 )