;
Showing posts with label Khilafah. Show all posts
Showing posts with label Khilafah. Show all posts

Walpaper : Khilafah adalah janji Allah & Kefardhuan



Wallpaper yg sesuai untuk mereka yang jiwa seni, yang cintakan kedamaian..
Ehm.. 3 hari berturut2 saya release wallpaper.. For next design, kene tunggu lepas exam la kot.. Right now is my critical time. Kene fokus pada project final year and my very last end of semestar exam before graduate.. InsyaAllah..


|

Read Users' Comments ( 0 )

Poster Khilafah : Kita umat yang satu

klik pada gambar untuk download


Selain dijadikan sebagai koleksi peribadi, anda digalakkan untuk menyebarkan poster ini dengan apa jua cara samada link di blog anda, letak di friendster, myspace, atau print dan tampal di bilik anda, di noticeboard kolej kediaman (bagi mahasiswa), di sekolah (bagi pelajar), di pejabat (bagi yang sudah bekerja) dll. Mudah2an usaha ini akan dikira sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.



|

Read Users' Comments ( 11 )

Poster: Khalifah - Khilafiah - Khilafah

Klik pada gambar untuk download


|

Read Users' Comments ( 2 )

Hentikan dari Menyesatkan & Mengkafirkan Gerakan Islam..

Rasulullah saw. bersabda,

Man kaffara musliman faqad kafara
“Barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia (telah) kafir”

Man qalaa li akhihi, ya kafir, faqad ba abiha ahadu hum
“Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, ‘wahai kafir’, maka (pernyataannya itu) akan dikembalikan kepada salah seorang dari mereka.”



1. Fenomena menyesatkan dan pengkafiran (takfir) pada gerakan Islam mahupun individu2 ataupun ulama’2 adalah perkara yang sangat bahaya di dalam Islam.

2. Tattala umat Islam sedang dibantai, ditindas dan dianiaya di serata dunia… Wujud pula fenomena penyesatan dan pengkafiran sesama kaum Muslimin yang memparahkan lagi situasi umat Islam yang sepatutnya mereka ini bersatu menentang kaum kuffar barat.

3. Tattala ada segolongan umat berdakwah menyeru umat Islam agar bersatu dan berusaha untuk mengembalikan syariat Islam secara kaffah (kesuluruhan) dengan menegakkan Khilafah agar kemuliaan Islam dikembalikan, wujud pula kelompok yang menyesatkan golongan ini dengan menabur fitnah.

4. Inilah yang diinginkan kaum kuffar barat.. Mereka berusaha untuk melemahkan umat Islam dengan memecah belahkan perpaduan dengan memprovokasi konflik dalaman melalui masalah-masalah khilafiah (persilisihan).

5. Perasaan saling benci membenci telah membahana sehingga apa sahaja yang dilakukan oleh pihak lawannya akan dipandang serong dan semuanya salah. Konflik ini sememangnya takkan ada kesudahannya kerana mereka tetap berpegang dengan ego dan ketaksuban fahaman masing2.

6. Umat Islam yang waras, sepatutnya memilih untuk mengetepikan masalah-masalah khilafiah ini dan bersatu untuk memerangi musuh kita yang paling utama.. Teramatlah rugi jika umat Islam yang masih lagi terpengaruh untuk terjerat dengan apa yang kaffir barat mahu iaitu umat Islam terjebak kearah kehancuran.


Seruan Wahdah

Wahai sahabat-sahabat, ustaz-ustaz yang menggelarkan diri
ahlussunnah waljamaah dalam versi apapun..
Hentikanlah budaya menyesatkan dan mengkafirkan
individu-individu dan gerakan-gerakan Islam yang lain.

Selamatkanlah umat Islam..
Umat Islam pada saat ini tidak boleh lagi menerima apa jua bentuk persilisihan
apatah lagi perpecahan sesama sendiri.
Umat Islam perlu bersatu!
Kita perlu berganding bahu menentang musuh kita yang paling utama
iaitu kaum kuffar barat yang banyak menjahanamkan kehidupan kaum muslim.
Umat Islam yang berlainan fikrah (pemikiran) bukanlah musuh kita..

Lautan darah umat Islam telah ditumpahkan,
namun umat Islam masih terus menerus dihinakan.
Umat Islam dimerata dunia hidup sengsara
Mereka menagih bantuan..
Mereka menghulurkan tangan agar disambut..
Mereka menaruh harapan agar umat Islam bersatu..

Marilah kita sama-sama memfokuskan dakwah untuk mengembalikan kemuliaan
umat Islam yang telah lama hilang dimuka bumi ini..
Kita perlu bekerja keras untuk mengembalikan daulah Khilafah
Agar umat Islam diseluruh dunia bersatu dibawah satu negara
Negara yang akan menerapkan Al-Quran dan Sunnah diseluruh aspek kehidupan
Menyelesaikan masalah khilafiah (persilisihan) dikalangan mereka
Agar semua umat Islam menjadi golongan ahlussunnah waljamaah
Dari aspek aqidah hingga seluruh hukum syarak..
Inilah kesatuan umat Islam yang perlu kita perjuangkan!
Agar umat Islam akan kembali kuat
Agar ukhuwwah islamiah kembali mekar
Agar Kebajikan Umat Islam akan terpelihara
Dan tiada lagi kehinaan dan kezaliman
yang menimpa umat Islam dalam bentuk apapun..

Umat Islam... Tuhan mereka satu,
Rasullullah mereka satu,
Kiblat mereka satu,
Al-Quran mereka satu,
Syahadah mereka satu,
Pemimpin mereka satu,
Jihad mereka satu,
Negara mereka satu…
Kerana..
Mereka adalah umat yang satu.




Gambar-gambar di Seminar Pemantapan Ummah anjuran "Ahlussunnah waljamaah versi Asyairah wa Matrudiyyah" yang dihadiri saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 7 Mac yang lepas






|

Read Users' Comments ( 1 )

Koleksi Wallpaper Khilafah

Wallpaper Khilafah 1280x800
Klik pada gambar untuk download









|

Read Users' Comments ( 5 )

Mengapa perjuangkan Khilafah? + eksklusif wallpaper


wallpaper 1280x800

1. Matlamat perjuangan yang sebenarnya adalah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam. Dimana syariat Islam diterapkan secara kaffah (keseluruhan) daripada akar umbi yakni aqidah hinggalah pemerintahan negara.

2. Syariat Islam takkan dapat diterapkan secara kaffah tanpa ada entiti negara.

3. Contoh syariat Islam yang tak dapat diterapkan, hudud, dinar emas, ekonomi tanpa riba', dan banyak lagi. Syariat Islam ini hanya dapat diterapkan oleh sebuah negara.

4. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan penjajah (sekular) telah terbukti gagal menjaga rakyat. Umat Islam sengsara.. Paling ketara dari sisi ekonomi dgn krisis pembuangan kerja, pengangguran, sempitnya hidup dibelit hutang.

5. Dari aspek mahasiswa, belum bekerja dah disuruh untuk berhutang (ptptn, loan).

6. Hal ini sama sekali takkan berlaku jika kita hidup dalam sebuah negara yang menerapkan syariat Islam diterapkan secara kaffah. Umat Islam akan hidup mulia dengan syariah.

7. Sebab itulah kalimah al-Khilafah dilaungkan.. Agar kita semua sedar bahawa ada sinar harapan lagi untuk nasib umat Islam ini dibela..


Tiada Kemuliaan tanpa Islam
Tiada Islam tanpa syariat
Tiada syariat tanpa Daulah Khilafah



:: Corat-coret ::


Sebaik sahaja saya post topik ini, dengan tiba2 ramai pula yang masuk ke blog ni.. Dan yang peliknya semuanya dari negara luar.. tertanya2 juga benarkan dorg ni datang dari negara yang dinyatakan atau orang malaysia yang gunakan proxy?


Ehm.. Anyway, Welcome to my blog.


|

Read Users' Comments ( 0 )

Kisah Benar : Deritanya Hidup dalam negara sekular

Rabu lepas (4 Mac 2009) masa jumpa doktor di klinik orthopedik HKL, doktor rekmen saya untuk buat second operation, untuk "restructure" PLC, PCL (ligamen dlm lutut) untuk solve problem kaki kanan yang kerap rasa sakit, tak boleh buat aktiviti berat, bersukan hatta naik tangga pun sakit.

Untuk pengetahuan semua, tahun lepas tanggal 24 januari 2008 saya mengalami eksiden (motosikal vs teksi). Kemalangan berlaku di Jalan Kuching, teksi ni dari kanan ke kiri mmemotong di hadapan saya then tiba2 dia break emergency. Saya cuba untuk break tapi dah terlalu hampir untuk melanggar.. jadi saya cuba untuk mengelak kekiri.. moto berjaya lepas namun malangnya kaki kanan sangkut dan melanggar di bucu kiri teksi itu.. Akibatnya patah peha kanan di bahagian tengah (closed fracture midshaft right femur) dan Ligamen2 di lutut juga koyak (right posterior cruciate ligament (PCL) avulsion fracture, grade III tear).

Kebetulan HKL sangat dekat dengan tempat kemalangan saya tu. Sy dibawa oleh teksi itu sendiri ke HKL. Buat operation pada 31 Januari 2008 dengan masukkan besi ke dalam sumsung tulang peha (right femur interlocking nail). Ligamen di lutut tak direpair sbb katanya, tak boleh direpair (too fragmented to be fixed). Time operate dibius pengsan. Lepas sedar dan ubat bius dah hilang kesannya, hanya Allah sahaja yg tahu derita sakit yang dirasai. [Moral of story: Elakkanlah diri anda ditimpa kemalangan. Drive safe dan ingatlah org tersayang. huhu..]

Bbrp hari lepas tu dibenarkan balik rumah setelah seminggu berada di wad. Kaki disimen selama 3 bulan sbb taknak bagi bengkok. Dalam bulan Jun dah boleh berjalan semula. Dah boleh buat aktiviti biasa.. Solat pun dah boleh berdiri.. Alhamdulillah..

Namun, bak kata pepatah melayu, ku sangkakan cerah sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Dalam bulan 10, kaki tiba2 sakit balik. Bila cheak kat hospital, tengok x-ray kelihatan 2 batang skru yang digunakan untuk fixkan besi dlm tulang tu patah. Mcm mana boleh patah? Saya pun tak tau.. Bincang dengan specialist, dan alhamdulillah dia kata tak perlu buat operation. Mmg saya pun dah serik nak operate lagi.. Derita yang tak boleh diungkap dengan kata2..

Saya kuatkan diri, setiap hari buat fisioterapi and exercise utk kuatkan kaki balik. Kaki dah kuat sikit tapi masih sakit bila buat kerja berat. Pada 6 Januari 2009, pergi jumpa specialist di Glenmary just for cheaking dan dia buat full examination then kata di lutut saya selain PCL, LCL pun fracture gak.. Kerana PCL dah fracture, tulang keting dah terkebelakang sket dan menyebabkan rapat dengan tulang peha. Sakit yang dirasa adalah kerana tulang peha dan keting bergesel.

Namun saya tak sedia untuk buat operation lagi.. Saya cuba untuk buat exercise utk kuatkan kaki. Tapi makin kuat buat exercise, semakin kaki sakit. Fikir punya fikir, dan memikirkan ttg masa depan sedangkan muda2 lagi dah sakit mcm ni klw dah tua nnt mungkin lebih parah. Jadi akhir bulan 2 saya decide utk buat juga operation. Walaupun dalam hati tak sanggup hadapi derita kali ke-2.

4 Mac 2009, rabu lepas saya jumpa specialist utk confirmkan bincang ttg quotation operation. Dan teramatlah terperanjat bila dia kata kos operation sahaja RM19,185 tak termasuk bil wad. Kos itu untuk membeli barang2 yang tidak disediakan oleh hospital. Kata Dr.Nurul (doctor di klinik UIA), Benda ni memang mcm tu.. Semiskin mana pun seseorang itu, jika mengalami sakit yang mcm saya dan yang sewaktu dengannya, kos pembedahan akan ditanggung sendiri.

Inilah yang saya maksudkan dengan deritanya hidup dalam negara sekular. Jika anda miskin dan ditimpa sakit yang memerlukan pembedahan, rawatan, yang kosnya tak mampu anda tanggung dan tiada siapa yang boleh tolong anda, jawapannya bersedialah menanti ajal. Di Negara sekular ini, anda adalah golongan yang tidak layak lagi untuk hidup.

Hal ini sangat bertentangan dengan syariat Islam. Dalam Islam, negara WAJIB menjamin keperluan asas rakyatnya (makan, minum, pakai, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan). Kesihatan dalam negara Islam, diberi secara percuma tidak kira seteruk mana penyakit yang dihadapi dan tidak kira muslim mahupun bukan muslim. Jika negara tidak mampu memberi secara percuma, bayaran yang sangat minimum (yang mampu dibayar) akan dikenekan. Rasulullah saw. Bersabda,

"Seorang imam (khalifah/ kepala negara) adalah pemelihara dan pengatur urusan rakyat; ia akan dimintai pertanggungjawaban atas urusan rakyatnya."
(HR al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini menekankan akan tanggungjawab negara untuk mengatur urusan rakyat dengan syariat Islam dan wajib “memelihara” rakyatnya. Apakah definisi “memelihara”? Jika saya tanya apakah yang perlu dilakukan oleh ibubapa untuk “memelihara” anaknya? Anda sendiri pun boleh jawab iaitu menjaga keperluan asas anaknya agar cukup makan minum, selesa tempat tinggal, cukup pakai, didikan fardu ain dan fardu kifayah dan menjaga kesihatan anaknya.. Kalau tak mampu beri kesenangan, at least wajib untuk mereka menjaga keperluan asas anaknya.

Begitu juga dengan negara.. Negara wajib memastikan setiap isi rumah mendapat keperluan asas. Maksud beri disini bukanlah beri dengan percuma begitu sahaja dengan rakyat hanya goyang kaki. Maksud beri adalah negara menyediakan infrastruktur dan kemudahan agar rakyat mampu berdikari menanggung hidup sendiri dan keluarga. Jika tiada kerja, negara wajib menyediakan peluang pekerjaan. Hanya untuk kes yang rakyat tak boleh survive sebab kecacatan, uzur etc.. sahaja ditanggung sepenuhnya oleh negara.

Antara bukti yang boleh saya nyatakan disini bahawa umat Islam terjamin keperluan asasnya ketika hidup dibawah naungan daulah Khilafah sebelum kejatuhan Khilafah 1924:
  1. Khalifah Umar Ibn Al Khattab membina Dar Ad-Daqiq (gudang tepung) di kota-kota dan di perjalanan yang biasa ditempuh oleh para musfir, penuntut ilmu dan saudagar-saudagar. Jika mereka kehabisan bekalan, mereka boleh mengambil bekalan secara percuma.
  2. Khalifah Walid ibn ‘Abdul Malik memberikan orang-orang cacat dan buta seorang pembantu untuk membantu mereka menjalani kehidupan harian.
  3. Pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz, tidak seorang pun layak menerima zakat hinggakan beliau terpaksa memerintahkan para pegawainya berkali-kali untuk menyeru pada masyarakat, jika ada di antara mereka ada yang memerlukan harta, namun tidak ada seorangpun yang memenuhi seruannya. Termasuklah penduduk diwilayah Afrika yang enggan mengambil harta zakat.
Betapa seriusnya Khalifah (pemimpin umat Islam) dahulu dalam menjaga kesejahteraan rakyatnya hingga tiada seorangpun yang layak menerima zakat. Saya tidak dapat bayangkan alangkah bahagianya hidup pada zaman itu. Dan hal ini tidak mustahil untuk berulang sekiranya umat Islam seluruh dunia kembali bersatu, berjuang mengembalikan Daulah Khilafah, hidup dalam sistem Islam yang kaffah (menyeluruh). Pada masa itulah umat Islam akan hidup sejahtera dan kemuliaan Islam dikembalikan.

Wallahua'lam..


|

Read Users' Comments ( 2 )

Poster : Kata-kata Barat dan Ulama' Islam ttg Khilafah




Klik pada gambar untuk lihat saiz penuh


|

Read Users' Comments ( 0 )

3 Mac 1924 : 85 Tahun Umat Islam Hilang Kemuliaan

1. Daulah (Negara) Islam yang didirikan oleh Rasulullah saw. telah diruntuhkan pada hari ini.

2. Diruntuhkan oleh orang Islam sendiri… diketuai oleh Kamal at-tarturk laknatullahi alaik (laknat Allah keatasnya), tali barut British dan sekutunya.

3. Umat Islam jadi seperti anak ayam yang hilang ibunya. Tiada junnah (pelindung), tiada ikatan ukhwah islamiyah (kerana racun nasionalisme), Hidup dalam kehinaan, kemiskinan, kesengsaraan, pengkhianatan, dibunuh dan dirogol tanpa peri kemanusiaan.

4. Golongan kufar barat bekerja siang malam untuk memastikan Khilafah yang memuliakan umat Islam akan tertegak semula. Mereka gerun dan kecut dengan kekuatan umat Islam di bawah naungan Khilafah.

5. Khilafah adalah wajib ditegakkan. Ulama’ sepakat akan kewajipan daulah Khilafah.

6. Mendirikan semula Daulah Khilafah adalah kewajipan (fardu ain) keatas seluruh umat Islam, lelaki mahupun perempuan.

7. Tertegaknya Khilafah Thaniah (ke-2) adalah Janji Allah dan Kefarduan.

8. Kemuliaan Islam dan jaminan kesejahteraan hidup umat Islam dari segala bencana, hanya akan dicapai dengan tertegaknya kembali daulah Khilafah.


Kata-kata barat tentang Khilafah:

Lord Curzon,
Setiausaha luar British (1919-1924)
"We must put an end to anything which brings about any Islamic unity between the sons of the Muslims. As we have already succeeded in finishing off the Caliphate, so we must ensure that there will never arise again unity for the Muslims, whether it be intellectual or cultural unity."

George W. Bush,
bekas Presiden AS (2001-2009)
“They hope to establish a violent political utopia across the Middle East, which they call caliphate, where all would be ruled according to their hateful ideology.”

Tony Blair,
bekas Perdana Menteri Britain
Semasa memberi komen setelah peristiwa pengeboman London menyifatkan pengebom sebagai ‘barbarian’. Tidak berhenti di situ. Blair kemudian menambah,
“Undang-undang syariah di dunia Arab akan membawa kepada terbentuknya satu kekhilafahan untuk seluruh manusia dengan Islam.”

The National Intelligence Council (NIC),
Disember 2004
Sebuah laporan dari CIA meramalkan menjelang tahun 2020 “Khilafah Baru” akan didirikan.

Charles Clark,
Setiausaha Dalam Negeri British
“Tidak boleh ada perundingan mengenai penegakkan semula Khilafah dan tidak boleh ada perundingan langsung dalam usaha menerapkan hukum syarak”

John Abizaid,
Komandan AS di Timur Tengah
“Mereka akan cuba untuk menegakkan semula khilafah bagi seluruh dunia Islam. Kita perlu belajar apa yang mereka ingin lakukan dari mulut-mulut mereka sendiri”

Dick Cheney,
Timbalan Presiden AS (2001-2009)
”Mereka berbicara tentang menegakkan semula apa yang boleh kita gambarkan Khilafah abad ke-7 yang diperintah dengan hukum syara’,interpretasi al-Quran yang tegar."


Kata-kata ulama’ Islam tentang Khilafah:

Syaikh Abdurrahman Al Jaziri,
Al Fiqh ‘Ala Al Madzahib Al Arba’ah, jilid V, hal. 416
"Para imam madzhab (Abu Hanifah, Malik, Syafi’i, dan Ahmad) telah sepakat bahawa Imamah (Khilafah) itu wajib adanya, dan bahawa umat Islam wajib mempunyai seorang imam (khalifah) yang akan meninggikan syiar-syiar agama serta menolong orang-orang yang tertindas dari yang menindasnya"

Imam Nawawi, Syarah Sahih Muslim, XII/205
“Mereka (para imam) berijmak bahawa kaum Muslimin wajib mengangkat seorang Khalifah”

Imam Qurthubi, Tafsir Al-Qurthubi, I/264
“Tidak ada perbezaan pendapat mengenai kewajipan tersebut (mengenai pengangkatan Khalifah) di kalangan umat.”

Ibnu Taimiyyah, Majmu’ Al-Fatawa, XXVIII/297
Ali bin Abu Talib ra berkata, “Manusia mesti mempunyai pemimpin, samada dianya baik atau buruk”. Lalu ada yang berkata kepada beliau, “Amirul Mukminin, kalau yang baik kami ketahuinya, tapi bagaimana dengan pemimpin zalim?”. Ali menjawab, “Asal dia tetap menjalankan hudud,
mengamankan jalan-jalan awam, berjihad melawan musuh, dan membahagikan harta fai’”

Ibnu Hazm, Al Fashl fil Milal Wal Ahwa’ Wan Nihal juz 4 hal. 87
"Telah sepakat seluruh Ahlus Sunnah, seluruh Murji’ah, seluruh Syi’ah, dan seluruh Khawarij,
mengenai wajibnya Imamah (Khilafah)"

Imam Marwardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah ms 5
“Mengadakan akad Imamah (Khilafah) bagi orang yang menegakkannya di tengah-tengah umat merupakan kewajipan yang didasarkan kepada Ijma’ Sahabat.”

Abu Ya‘lâ al-Farrâ’, Al-Ahkâm ash-Sulthâniyyah, hal. 19
Mengangkat seorang imam adalah wajib. Imam Ahmad r.a., menurut riwayat Muhammad ibn ‘Auf ibn Sufyân al-Hamshî, telah berkata, “Adalah fitnah (bencana) jika sampai tidak ada seorang imam (khalifah) yang mengatur urusan rakyat.”

Imam Asy Syaukani, Nailul Authar jilid 8 hal. 265
"Menurut golongan Syiah, minority Mu’tazilah, dan Asy A’riyah, (Khilafah) adalah wajib menurut syara’"



|

Read Users' Comments ( 0 )