;

Pandangan Ulamak tentang Demokrasi

Sedikit review tentang pandangan Ulamak berkaitan pembahasan demokrasi ini..
Para ulama yang halus pandangan serta ijtihatnya dalam perbincangan demokrasi tentu akan memutuskan bahawa demokrasi bukan sahaja tiada kaitan dengan Islam malah bertentangan dengan Islam. Antara ulama yang mengkritik dan memberi pandangan negatif terhadap demokrasi adalah seperti berikut :

1) Adnan ali Ridha an-Nahwi dalam kitabnya Syura La ad-Dimuqrathiyah halaman 103. Ia menyatakan "Dalam kehidupan dunia kebenaran pendapat tidaklah diukur dan di tetapkan oleh sedikit atau banyaknya jumlah orang yang melakukanya. Kebenaran itu wajib di ukur dan ditetapkan oleh kaedah-kaedah atau prinsip-prinsip dan minhaj rabbani yang diturunkan dari langit".

Sheikh Abul A'la al-Maududi


2) Sheikh Abul A'la al-Maududi (Pengasas Jamaati Islami) dalam kitabnya Al-Islam wa al-Madaniyah al-Haditsah halaman 36. Beliau mengatakan "Telah saya katakan sebelumnya bahawa pengertian demokrasi dalam peradapan moden adalah memberi kekuasaan membuat hukum kepada majoriti rakyat. Maka dari itu kita menentang sistem sekular yang nasionalis-demokrasi baik yang di tegakkan oleh orang barat atau pun timur, Muslim atau non Muslim".

3) Muhammad Yusuf Musa dalam kitabnya Nizham al-Hukm fi al-Islam halaman 245, dia berkata "Sesungguhnya sistem pemerintahan Islam bukanlah sistem demokrasi baik dalam pengertiannya menurut kaum yunani kuno mahupun dalam pengertian yang moden".

4) Anwar al-Jundi dalam kitabnya Sumum al-Istisyraq wa al-Mustasyriqun fi al-Ulum al-Islamiyah halaman 96. Ia mengatakan "Pemikiran politik Islam berbeza dengan pemikiran demokrasi barat, diantaranya kerana kedaulatan dalam sistem politik Islam bukanlah di tangan umat seperti sistem demokrasi juga bukan di tangan para pemimpin seperti dalam sistem diktaktor, melainkan ada dalam penerapan syariah Islam, dengen demikian sistem politik Islam sangat jauh berbeza dengan sistem apa pun yang menyimpang itu ".


Sheikh Muhammad al-Ghazali

5) Sheikh Muhammad al-Ghazali beliau mengkritik demokrasi dalam kitabnya Min Huna Na'lam halaman 93, Beliau membantah Khalid Muhammad Khalid yang membenarkan pemerintahan demokrasi ,katanya "Adalah perkara yang haq bahawa orang2 yang menerapkan demokrasi sebagai sesuatu yang ideal. Hakikatnya ia adalah orang2 yang rendah moralnya dan lebih buruk pengaruhnya dibandingkan dengan orang2 yang menyalah gunakan agama, Pada saat mereka menerapkan hukum2 yang zalim , Mari kita lihat sekilas sistem demokrasi ketika diterapkan di negeri Mesir, Mesir berada di tangan tuan-tuanya dari penduduk Eropah yang menjadi utusan Eropah atau yang menjajah kita".


Sheikh Abdul Qadim Zallum

6) Sheikh Abdul Qadim Zallum dalam kitabnya Ad-Dimuqrathiyah Nizham Kufr : Yahrumu Akhdzuha aw Tathbiquha aw ad- Da'wata ilayha, Beliau menyatakan "Demokrasi yang di jaja barat yang kafir ke negeri2 muslimin sesungguhnya merupakan sistem kufur ,Tidak ada hubungganya dengan Islam sama sekali ,Baik secara langsung mahu pun tidak langsung ,Demokrasi sangat bertentangan dengan hukum2 Islam baik secara global atau pun secara sebahagian ,Oleh kerana itu kaum Muslimin di haramkan secara mutlak untuk penggambilnya,menerapkanya atau menyebarluaskanya".

7) Dr. Fathi Ad Darini, salah seorang ulama besar dalam fiqih siyasah. Dalam kitabnya Khasha`ish At Tasyri’ Al Islami fi As Siyasah wa Al Hukm halaman 370 Dr. Fathi Ad Darini berkata : ”Sesungguhnya sistem-sistem demokrasi Barat, dalam substansinya hanyalah merupakan ungkapan dari politik tersebut (sekularisme—penerj.) dan sudah diketahui bahawa demokrasi –pada asalnya— bersifat individualistis dan etnosentris".

8) Muhammad Asad dalam kitabnya Minhaj Al Islam fi Al Hukm halaman 52 mengatakan :
“Adalah merupakan penyesatan yang sangat luar biasa, jika ada orang yang mencoba menerapkan istilah-istilah yang tidak ada hubungannya dengan Islam pada pemikiran dan peraturan/sistem Islam.”



|

0 komen:

Post a Comment