Tahun ini saya berbaju purple..Anda pula baju raya warna apa tahun ni? hehe.. Tadi saya baru lepas berjumpa doktor dan telah diberi lesen untuk blaja berjalan.. Alhamdulillah.. penderitaan hidup tanpa kaki kanan berakhir selepas 3 bulan. Syukur.. dapat juga saya beraya kerumah sedara mara.. Saya kene rajin2 exercise ni.. Agar boleh jalan dgn baik semula..
Moga tarbiyah ramadan yang sedang kita lalui ini, berterusan dengan amalan ruhiyah, akhlak, dan semagat perjuangan yang makin membara..
Disini saya sertakan sajak dan kad hari raya daripada Hizbut Tahrir Malaysia untuk anda semua...
YANG PERGI ITU AKAN KEMBALI
Gembira di Idul Fitri ini
takkan dapat menggalang ganti
sedih dan pedih peri
kerana ibunda pertiwi
tiada di sisi..
Ibunda pergi kerana makar keji
Inggeris bersama Attartuk si Yahudi
busuk menusuk belati sekularisasi
yang bersepuh racun demokrasi
di malam berkobar api konspirasi
terkaparlah ibunda dilayar pergi
meninggalkan kita, anakandanya sepi sendiri
Seketika itu jua..
pudar purnama, muram mentari
seluruh buana dilitupi kesedihan ngeri
Di kala makhluk rabbani
di langit dan di bumi
dalam isak meratapi pemergian ini
bertepuk sorak pula iblis-iblis imperialis
menari puas direntak melodi sinis
meraikan malapetaka kubra ini
setelah berabad mereka ditemani hasad menanti
Wahai saudaraku!
berlalu sudah 88 tahun...sejak 28 Rajab 1342 Hijriyyah
Idul Fitri kita sambut dalam sugul yang tak tertahan
dijeruk rasa penuh kehilangan
ibarat anak yatim yang sunyi
dari belaian ibunya yang sejati
disayup gema takbir Idul Fitri
Maka di sini kami berdiri
dengan seruan setulus hati
gandinglah tangan ikhlas ini
agar kembali tertegak Khilafah yang dijanji!
Ayuh saudaraku!
singsing lengan bajumu
jauh tinggi di atas siku
melangkahlah dengan derap yang gagah
bersama kami menguak segala payah
untuk menempuh jalan ke fitrah
supaya kita berjaya masuk ke seluruh gerbang syariah
jangan kau mundur jangan menyerah kalah
Semoga kita..
memperolehi mardhatillah wa maghfirah
di Idul Fitri ini bersama mengorak langkah
berjuang demi kesatuan dan kegemilangan ummah
dalam dakapan ibunda sejati yang didamba penuh tabah
Khilafah Ar-Rasyidah ’Ala Minhaj Nubuwah
Di kesempatan ini..
kami ucapkan "Selamat Menyambut Idul Fitri"
semoga kita diziarahi kebahagiaan yang abadi
di bawah naungan redha Ilahi..
Hizbut Tahrir Malaysia
Di Gerbang Syawal
1430 H