Tugas & Peranan MAHASISWA MUSLIM
Pandangan hidup yang islami pada diri seseorang Muslim akan tergambar pada pelbagai tugas (kewajiban) yang harus dilaksanakannya dalam kehidupan seharian. Tugas-tugas itu hakikatnya adalah hukum-hukum syarak yang digali dari nas-nas syarak, yang berkaitan dengan realiti kehidupan yang dihadapinya dalam pelbagai interaksi yang dilakukan.
Memahami hukum syarak yang berkaitan dengan aktiviti seharian, adalah fardhu ‘ain bagi seorang Muslim. Namun mempelajari hukum syarak yang tidak berkaitan dengan aktiviti sehari-hari, adalah fardhu kifayah (An Nabhani, 1953). Seorang petani wajib memahami hukum-hukam syarak tentang tanah, penyewaan tanah pertanian, musaqat dan sebagainya. Seorang doktor pula wajib memahami hukum syarak tentang perubatan, pembedahan mayat, pengguguran janin, pemindahan organ tubuh, pengklonan dan sebagainya. Seorang tentera pula harus mema-hami hukum tentang jihad, tawanan, perdamaian, perjanjian, harta rampasan perang, dan sebagainya.
Demikian pula seorang mahasiswa, dia seharus-nya memahami hukum syara’ yang berkaitan dengan kegiatannya sehariannya sebagai mahasiswa. Disamping itu, seorang mahasiswa Muslim adalah secara de facto adalah seorang Muslim, maka dia wajib memahami kewajibannya yang utama dalam kedudukannya sebagai Muslim.
Atas dasar itu, ke atas seseorang mahasiswa Muslim, tugas utama yang wajib dipikulnya setidak-tidak-nya ada 3 (tiga): Pertama, menuntut ilmu-ilmu yang diperlukan dalam kehidupan bermasyarakat. Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai mahasiswa yang aktiviti utamanya sehari-hari adalah belajar. Dalam hal ini nabi Muhammad saw telah bersabda:
"Menuntut ilmu adalah fardu bagi setiap muslim” [HR. Abu Dawud]
Lafaz “al ‘ilm” di atas bersifat umum, iaitu meliputi ilmu-ilmu berasaskan wahyu, seperti ulumul Qur`an, ulumul hadits, usul fiqh, juga ilmu-ilmu yang tidak berasaskan wahyu, seperti ilmu perubatan, kejuruteraan, dan ilmu-ilmu keprofesional lain yang dipelajari di institusi pendidikan, yang wajib ada demi berputarnya roda kehidupan. Jelaslah sebagai mahasiswa, tugasnya yang utama adalah belajar dalam rangka meraih ilmu sebagai bekalan hidup. Hendaklah tugas ini dilaksanakan semaksimum mungkin sehingga menghasilkan manfaat dunia dan akhirat setinggi-tingginya.
Kedua, mengkaji Tsaqofah Islamiyah (ilmu-ilmu keislaman). Tugas ini berkaitan dengan posisinya sebagai seorang Muslim yang wajib mempunyai pandangan hidup Islam. Tanpa kajian Tsaqofah Islam yang mendalam, sukar membayangkan seorang Muslim mampu mempunyai pandangan hidup yang Islami malah bertambah sukar pula mem-bayangkan dia mampu berfikir dan berperilaku secara Islami.
Tsaqofah Islamiyah adalah pengetahuan Islam yang dasar pembahasannya adalah Aqidah Islamiyah. Contohnya adalah pembahasan Aqidah Islamiyah, ilmu tauhid, tafsir, hadits, bahasa Arab, dan sebagainya. Tugas kedua ini tidak kurang pentingnya dengan tugas pertama kerana tugas ini sebenarnya adalah tugas mendasar setiap Muslim, sama ada mahasiswa ataupun bukan. Setiap Muslim wajib mempunyai pengetahuan Islam yang memadai agar dapat menjalani kehidu00pan sesuai dengan Islam. Jadi, jika tugas pertama tadi tujuannya adalah untuk hidup, maka tugas kedua ini tujuannya agar: saya dapat hidup dengan benar.
Ketiga, memikul dakwah Islamiyah. Tugas ini berkaitan dengan statusnya sebagai seorang Muslim dan sebahagian dari keseluruhan umat Islam seantero dunia. Dia wajib mempunyai sikap mengambil tahu keadaan dan realiti umat dan berjuang untuk mengubah keadaan agar lebih baik. Mahasiswa Muslim tidak seharusnya hanya memikirkan dirinya sendiri sahaja, sebab sikap ego dan mementingkan diri ini jauh terpesong dari nilai-nilai Islam yang menghendaki adanya sensitiviti kepada manusia lain. Rasulullah saw bersabda:
“Barangsiapa pada pagi hari tidak memperhatikan urusan kaum muslimin, maka dia tidak termasuk golongan mereka.” [HR. Al Hakim]
Di samping itu, Islam menuntut setiap Muslim untuk melakukan taghyir (perubahan) apabila dia melihat suatu penyimpangan atau kemungkaran. Tidak boleh dia hanya berdiam diri dan berpeluk tubuh, apalagi pasrah dan menyerah. Rasulullah saw bersabda lagi:
“Barangsiapa di antara kamu melihat ke-mungkaran, hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya (fizikal). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya (perkataan). Jika tidak mampu, hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya (tidak redha) dan itulah selemah-lemah iman.” [HR. Muslim]
Oleh yang demikian, mahasiswa Muslim seharusnya sedar akan tanggungjawabnya melakukan perubahan dan bersama-sama menyeru kepada Islam, sebagaimana telah dicontohkan Rasulullah saw ketika baginda memikul dakwah Islam untuk mengubah masyarakat Jahiliyah menjadi masyarakat Islamiah.Saat ini, tugas melakukan perubah-an seperti ini wajib digerakkan, kerana waktu ini kita hidup dalam sebuah masyarakat yang tidak Islami, yakni masyarakat yang tidak berdiri di atas kalimah tauhid. Kita wajib men’taghyir’ secara keseluruhan menuju masyarakat Islam yang menerapkan Islam secara kaffah.
Oleh kerana itu, tidak seharusnya seorang mahasiswa Muslim berdiam diri menyaksikan kekufuran dan kemaksiatan menggila disekelilingnya dan berdiam diri sahaja menyaksikan ideologi kapitalisme yang kafir menguasai dunia. Nabi saw mencela orang yang hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri terhadap kemaksiatan sebagai syaitan yang bisu. Sudahlah syaitan, bisu lagi! Na’uzhu billah min dzalik! Nabi Saw bersabda:
“Orang yang berdiam diri dari kebenaran (tidak mahu mengingatkan atau berusaha membuat perubahan), adalah seperti syaitan yang bisu.” [HR. Al Hakim]
Dikaitkan dengan tugas kedua, maka tugas ketiga ironinya seperti berikut: jika tugas kedua tujuannya adalah: saya dapat hidup dengan benar, maka tugas ketiga ini tujuannya adalah: saya dan saudara-saudara umat Islam saya dapat hidup dengan benar.
Penutup
Mahasiswa Muslim yang mempunyai pandangan hidup Islam adalah generasi harapan umat. Di bahu merekalah (bersama lapisan umat yang lain) terpikul tanggung jawab melakukan perubahan masyarakat menuju masyarakat yang diredhai Allah swt.Bukan saatnya lagi untuk bersikap keanak-anakan dengan ego dan mementingkan diri sa-haja, sementara umat Islam dibiarkan begitu sahaja terkontang-kanting hidup sengsara dan hina dina di bawah hegemoni ideologi kapitalisme yang bathil yang dipimpin oleh US dan sekutu-sekutunya. Tugas ini sememangnya berat, namun kemuliaan menunggu dihadapan. Marilah kita singsingkan lengan baju dan menyahut seruan untuk menyongsong kejayaan Islam!
|
Selain dijadikan sebagai koleksi peribadi, anda digalakkan untuk menyebarkan poster ini dengan apa jua cara samada link di blog anda, letak di friendster, myspace, atau print dan tampal di bilik anda, di noticeboard kolej kediaman (bagi mahasiswa), di sekolah (bagi pelajar), di pejabat (bagi yang sudah bekerja) dll. Mudah2an usaha ini akan dikira sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.
|
2. Konflik diparahkan lagi dengan pertelingkahan sesama gerakan Islam yg masing-masing mengaku merekalah pembawa kebenaran yg sebenar dan yang lain adalah salah. Konflik ini perlu diberhentikan.
3. Banyaknya gerakan Islam bukanlah menunjukkan umat Islam berpecah belah. Malah ianya dibenarkan oleh syarak (Al-Imran:104).
4. Jangan jadikan masalah khilafiah (perselisihan pendapat) tidak kira dlm bab hukum syarak mahupun aqidah, sebagai asbab pertelingkahan. Allah melarang umat Islam untuk berbeza pendapat hingga terpecah belah.
"Janganlah kamu menyerupai orang-orang yang bercerai berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka" (Al-Imran:105)
5. Anarkism dalam menyesatkan gerakan Islam atas nama "perjuangkan kebenaran":
Tidak berbincang terlebih dahulu (memuhasabah) dengan orang2 dlm gerakan yang bagi mereka adalah "sesat". Selepas menuduh, tidak pula diberi peluang pihak yang tertuduh menjelaskan tuduhan yang diberi .. Pihak yang tertuduh minta dihentikan tuduhan itu demi menjaga kesatuan umat Islam dan pinta debat mahupun perbincangan ilmiah dilakukan. Tapi masih tidak dihirau..
6. Anarkism ini muncul dari perasaan "syok sendiri" yang menyangka merekalah yang paling benar. Mereka berlagak seolah-olah mereka lebih tahu tentang gerakan Islam yang mereka tuduh sesat berbanding orang-orang di dalam gerakan itu sendiri. Padahal tuduhan mereka itu adalah salah dan bertentangan dengan hakikat sebenar gerakan yg dituduh itu..
7. Tuduhan yang disampaikan oleh mereka yg berimej ustaz & ulamak telah mempengaruhi masyarakat. Apakah yang seterusnya akan terjadi? Anda pasti boleh meneka.. Inilah punca konflik sesama gerakan Islam.. Jika pihak yang tertuduh mampu untuk mengawal diri, mungkin konflik boleh dielakkan. Tapi mampukah mereka bersabar bila mereka bertubi-tubi difitnah tanpa diberi peluang menjelaskan?
8. Hasilnya, masalah utama umat Islam tidak diselesaikan.. kerana orang2 Islam yg berkesadaran ini telah disibukkan dengan konflik sesama sendiri. Polemik yang tidak kemana.. Musuh-musuh Islam yang melihat, bertepuk tangan bersorak bergembira..
9. Umat Islam juga jadi takut untuk bersama dengan gerakan2 Islam dan berdakwah bersamanya kerana tidak mahu terlibat dengan pergaduhan yang berlaku. "Lebih baik jadi neautral tak join mana2".. Budaya escapism bahana kesalahan garakn2 Islam yang bertelagah.
10. Akhirnya umat Islam, makin jauh dan jauh daripada kemenangan..
Wahai umat islam..
Janganlah berputus asa untuk bersama gerakan Islam untuk berdakwah.
Berdakwah adalah kewajipan fardu ain yg ditaklifkan ke atas kita semua.
Hanya dengan bersama jemaah, kita mampu istiqamah untuk berdakwah..
Hiraukan akan golongan yang menyesatkan gerakan Islam yang lain ini..
Kita harus berganding bahu, berdakwah agar lebih ramai umat Islam bangkit perjuangkan Islam.
Agar kesengsaraan umat Islam terbela.
Wahai gerakan Islam..
Hentikanlah konflik dalaman ini..
Hentikanlah menyesatkan gerakan2 Islam yang lain..
Bukalah pintu muzakarah seluas-luasnya..
Agar petunjuk Allah mampu meresap di dalam diri..
Agar garakan2 Islam bersatu menentang musuh kita bersama..
Seterusnya meninggikan syiar Islam di muka bumi..
P/S- Artikel ini adalah reaksi penulis kali ke-2 atas tuduhan liar kesesatan Hizbut Tahrir oleh golongan yang menggelarkan mereka ahlussunnah waljamaah (versi asyairah & matrudiyah)
|
Isu ini mungkin kelihatan enteng tetapi hakikatnya ia merupakan kesan yang sangat besar dalam hidup kita. Saya akan mendedahkan peri pentingnya pembinaan motivasi diri yang benar untuk memacu tingkah laku yang baik dan diredhai Allah swt.
Walaupun setiap individu mempunyai pendekatan motivasi yang berlainan, namun secara dasarnya, motivasi boleh diklasifikasikan kepada 3 jenis iaitu motivasi material atau fizikal (Al-quwwah al- Madiyah), motivasi emosional atau psikologi (Al-quwwah al-Ma’nawiyah) dan motivasi spiritual (Al-quwwah ar-Ruhiyah).
Lebih dasyat lagi, batasan halal dan haram tidak mereka hiraukan. Peniaga menipu sukatan, mengambil riba’, mengeksploitasi kaum wanita sebagai pelaris barangan dan rasuah untuk mendapat projek contoh berleluasanya motivasi material yang bertentangan dengan Islam. Bagi pelajar pula, kerana nak lulus exam, ada sanggup meniru dalam peperiksaan, menipu pensyarah, memecah masuk pejabat pengurusan dan menggodam komputer untuk mengubah pointer (CGPA).
Apabila mereka ini yang berusaha bermati-matian tetapi masih gagal, mereka tidak akan dapat menerima hakikat dan mengambil jalan keluar dengan membunuh diri. Negara Jepun merupakan negara yang kedua termaju dari segi teknologi selepas Jerman namun kadar kes bunuh diri mereka semakin parah.
Motivasi material mempunyai kesan yang lemah dan mudah hilang. Bagi pelajar, jika ada aktiviti anjuran persatuan atau mana-mana agensi kerajaan yang diberi elaun, mereka akan bersungguh-sungguh menyertainya sehingga sanggup ponteng kuliah. Jika tiba-tiba elaun ditarik, berduyun-duyun antara mereka akan menarik diri walaupun hakikatnya aktiviti yang dianjurkan adalah aktiviti kebajikan atau dakwah yang dipandang mulia disisi Allah swt.
Adakah kita masih begitu cintakan dunia walhal dunia jika dibandingkan dengan akhirat sangat jauh berbeza?
(HR Muslim,at-Termidzi,Ibn Majah& Ahmad)
Cuba layarkan ingatan ke penghujung tahun 90-an, tahun bersejarah kerana terjadi peristiwa besar di Malaysia. Masyarakat Malaysia termotivasi beramai-ramai memenuhi Jalan Parlimen, berhadapan Stadium Negara berdmonstasi meluahkan suara hati mereka berkenaan kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim dilucutkan jawatan atas tuduhan liwat. Sehingga ada yang sanggup berhadapan dengan risiko dipenjarakan. Pada hari ini, ke manakah motivasi tersebut? Ianya semakin beransur surut dalam arus perdana bak air laut yang surut di petang hari. Inilah contoh motivasi emosional terdorong kerana perbuatan emosional semata-mata.
Contoh lain, perokok merokok kerana ingin kelihatan macho. Begitu juga seseorang pelajar yang jatuh cinta sanggup melakukan apa sahaja untuk meneruskan perasaan cintanya, cair dengan pujuk rayu sijejaka yang kegersangan sehingga sanggup menyerahkan harta dan dara. Apabila cinta yang cuba dipertahankan gagal hingga ke jinjang pelamin, sijejaka melarikan diri dan perut juga sudah berisi, malu yang dihadapi tidak terperi. Maka, timbullah kes membunuh diri. Nauzubillah..
Pernah terjadi di Malaysia peristiwa seorang wanita membalas dendam dengan membunuh dan mengerat-ngerat kemaluan kekasihnya kerana kekasihnya mempunyai perempuan lain. Bermacam-macam gejala buruk muncul hanya kerana asalnya mereka menjadikan motivasi emosional sebagai penggerak kehidupan. Motivasi ini patut dikesampingkan walaupun kadangkala ada yang berjaya.
Kesedaran inilah yang mampu memotivasi manusia melakukan apa jua perbuatan, walaupun terpaksa berkorban harta, jiwa dan raga. Orang yang mempunyai motivasi ini, tidak pernah merasa putus asa kerana gagal walaupun telah mengorbankan semua yang dimilikinya. Maka, motivasi ini jauh lebih kuat kesannya pada perbuatan manusia dibandingkan dengan motivasi-motivasi sebelum material dan emosional.
Contohnya, apabila Rasulullah saw. dan para sahabat pergi berjihad dalam perang Badar, iaitu jumlah tentera Islam 300 orang menentang orang-orang kafir Quraisy yang lebih daripada 1000 orang. Rasulullah saw. ragu-ragu dengan keadaan kaum muslimin khawatir tentera Islam hilang semangat dengan bilangan mereka yang lebih kecil. Jadi baginda saw., mengumpulkan tentera Islam bermesyuarat hingga tiga kali membincangkan masalah yang sama. Akhirnya orang-orang Ansar menyedari, bahawa yang diinginkan oleh Rasulullah saw. adalah untuk melihat keazaman motivasi mereka.
"Sepertinya Engkau ragu pada kami, wahai Rasulullah. Dan sepertinya Engkau khawatir, bahawa orang-orang Anshar, sebagaimana yang nampak pada pandanganmu, tidak akan menolongmu, kecuali di negerinya. Saya bicara atas nama orang-orang Anshar, dan memberi jawapan berdasarkan sikap mereka, Berangkatlah bersama kami, sesuai dengan apa yang Engkau kehendaki. Ikatlah tali sesiapapun yang Engkau kehendaki. Dan putuslah ikatan sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki. Dan ambillah dari harta kekayaan kami yang Engkau kehendaki. Dan berikanlah mana sahaja yang Engkau kehendaki. Apa sahaja yang Engkau ambil, niscaya lebih kami sukai daripada yang Engkau tinggalkan. Demi Allah, kalau seandainya Engkau menempuh perjalanan bersama kami hingga ke Barak Al-Ghamad (kota Habasyah), kami semuanya akan tetap bersamamu. Dan demi Allah, kalau seandainya Engkau mengajak kami untuk menyeberangi lautan sekalipun, pasti kami akan lalui bersamamu."
Kesimpulannya, motivasi yang paling sahih dan kuat untuk membina perbuatan manusia sehingga berjaya dalam mewujudkan perbuatan adalah motivasi spiritual. Sebab, dengan motivasi tersebut, seseorang akan terus-menerus berusaha tanpa mengenal lelah dan putus asa sampai akhirnya berjaya dengan izin Allah SWT. Sebagai mahasiswa, kita belajar untuk memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah dan untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim yang bertaqwa. Ilmu yang dipelajari disampaikan terutamanya ilmu yang membangkitkan umat Islam agar bersatu mencari kemuliaan yang hilang. Kerana mahasiswalah harapan untuk memperjuangkan kebenaran dan menumbangkan benteng-benteng kekufuran serta memartabatkan Islam sebagai rahmatan lil alamin..
|
Hentikan dari Menyesatkan & Mengkafirkan Gerakan Islam..
Tuesday, March 10, 2009 Author: Syabab Tajdid
Man kaffara musliman faqad kafara
“Barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia (telah) kafir”
Man qalaa li akhihi, ya kafir, faqad ba abiha ahadu hum
“Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, ‘wahai kafir’, maka (pernyataannya itu) akan dikembalikan kepada salah seorang dari mereka.”
1. Fenomena menyesatkan dan pengkafiran (takfir) pada gerakan Islam mahupun individu2 ataupun ulama’2 adalah perkara yang sangat bahaya di dalam Islam.
2. Tattala umat Islam sedang dibantai, ditindas dan dianiaya di serata dunia… Wujud pula fenomena penyesatan dan pengkafiran sesama kaum Muslimin yang memparahkan lagi situasi umat Islam yang sepatutnya mereka ini bersatu menentang kaum kuffar barat.
3. Tattala ada segolongan umat berdakwah menyeru umat Islam agar bersatu dan berusaha untuk mengembalikan syariat Islam secara kaffah (kesuluruhan) dengan menegakkan Khilafah agar kemuliaan Islam dikembalikan, wujud pula kelompok yang menyesatkan golongan ini dengan menabur fitnah.
4. Inilah yang diinginkan kaum kuffar barat.. Mereka berusaha untuk melemahkan umat Islam dengan memecah belahkan perpaduan dengan memprovokasi konflik dalaman melalui masalah-masalah khilafiah (persilisihan).
5. Perasaan saling benci membenci telah membahana sehingga apa sahaja yang dilakukan oleh pihak lawannya akan dipandang serong dan semuanya salah. Konflik ini sememangnya takkan ada kesudahannya kerana mereka tetap berpegang dengan ego dan ketaksuban fahaman masing2.
6. Umat Islam yang waras, sepatutnya memilih untuk mengetepikan masalah-masalah khilafiah ini dan bersatu untuk memerangi musuh kita yang paling utama.. Teramatlah rugi jika umat Islam yang masih lagi terpengaruh untuk terjerat dengan apa yang kaffir barat mahu iaitu umat Islam terjebak kearah kehancuran.
Seruan Wahdah
Wahai sahabat-sahabat, ustaz-ustaz yang menggelarkan diri
Selamatkanlah umat Islam..
Umat Islam pada saat ini tidak boleh lagi menerima apa jua bentuk persilisihan
Umat Islam perlu bersatu!
Kita perlu berganding bahu menentang musuh kita yang paling utama
Umat Islam yang berlainan fikrah (pemikiran) bukanlah musuh kita..
Lautan darah umat Islam telah ditumpahkan,
Umat Islam dimerata dunia hidup sengsara
Mereka menagih bantuan..
Mereka menghulurkan tangan agar disambut..
Mereka menaruh harapan agar umat Islam bersatu..
Marilah kita sama-sama memfokuskan dakwah untuk mengembalikan kemuliaan
Kita perlu bekerja keras untuk mengembalikan daulah Khilafah
Agar umat Islam diseluruh dunia bersatu dibawah satu negara
Negara yang akan menerapkan Al-Quran dan Sunnah diseluruh aspek kehidupan
Menyelesaikan masalah khilafiah (persilisihan) dikalangan mereka
Agar semua umat Islam menjadi golongan ahlussunnah waljamaah
Dari aspek aqidah hingga seluruh hukum syarak..
Agar umat Islam akan kembali kuat
Agar ukhuwwah islamiah kembali mekar
Agar Kebajikan Umat Islam akan terpelihara
Dan tiada lagi kehinaan dan kezaliman
Umat Islam... Tuhan mereka satu,
Rasullullah mereka satu,
Kiblat mereka satu,
Al-Quran mereka satu,
Syahadah mereka satu,
Pemimpin mereka satu,
Jihad mereka satu,
Negara mereka satu…
Kerana..
Mereka adalah umat yang satu.
|

1. Matlamat perjuangan yang sebenarnya adalah untuk mengembalikan semula kehidupan Islam. Dimana syariat Islam diterapkan secara kaffah (keseluruhan) daripada akar umbi yakni aqidah hinggalah pemerintahan negara.
2. Syariat Islam takkan dapat diterapkan secara kaffah tanpa ada entiti negara.
3. Contoh syariat Islam yang tak dapat diterapkan, hudud, dinar emas, ekonomi tanpa riba', dan banyak lagi. Syariat Islam ini hanya dapat diterapkan oleh sebuah negara.
4. Negara yang mengamalkan sistem pemerintahan penjajah (sekular) telah terbukti gagal menjaga rakyat. Umat Islam sengsara.. Paling ketara dari sisi ekonomi dgn krisis pembuangan kerja, pengangguran, sempitnya hidup dibelit hutang.
5. Dari aspek mahasiswa, belum bekerja dah disuruh untuk berhutang (ptptn, loan).
6. Hal ini sama sekali takkan berlaku jika kita hidup dalam sebuah negara yang menerapkan syariat Islam diterapkan secara kaffah. Umat Islam akan hidup mulia dengan syariah.
7. Sebab itulah kalimah al-Khilafah dilaungkan.. Agar kita semua sedar bahawa ada sinar harapan lagi untuk nasib umat Islam ini dibela..
Tiada Kemuliaan tanpa Islam
:: Corat-coret ::

Sebaik sahaja saya post topik ini, dengan tiba2 ramai pula yang masuk ke blog ni.. Dan yang peliknya semuanya dari negara luar.. tertanya2 juga benarkan dorg ni datang dari negara yang dinyatakan atau orang malaysia yang gunakan proxy?
Ehm.. Anyway, Welcome to my blog.
|
Untuk pengetahuan semua, tahun lepas tanggal 24 januari 2008 saya mengalami eksiden (motosikal vs teksi). Kemalangan berlaku di Jalan Kuching, teksi ni dari kanan ke kiri mmemotong di hadapan saya then tiba2 dia break emergency. Saya cuba untuk break tapi dah terlalu hampir untuk melanggar.. jadi saya cuba untuk mengelak kekiri.. moto berjaya lepas namun malangnya kaki kanan sangkut dan melanggar di bucu kiri teksi itu.. Akibatnya patah peha kanan di bahagian tengah (closed fracture midshaft right femur) dan Ligamen2 di lutut juga koyak (right posterior cruciate ligament (PCL) avulsion fracture, grade III tear).
Kebetulan HKL sangat dekat dengan tempat kemalangan saya tu. Sy dibawa oleh teksi itu sendiri ke HKL. Buat operation pada 31 Januari 2008 dengan masukkan besi ke dalam sumsung tulang peha (right femur interlocking nail). Ligamen di lutut tak direpair sbb katanya, tak boleh direpair (too fragmented to be fixed). Time operate dibius pengsan. Lepas sedar dan ubat bius dah hilang kesannya, hanya Allah sahaja yg tahu derita sakit yang dirasai. [Moral of story: Elakkanlah diri anda ditimpa kemalangan. Drive safe dan ingatlah org tersayang. huhu..]
Bbrp hari lepas tu dibenarkan balik rumah setelah seminggu berada di wad. Kaki disimen selama 3 bulan sbb taknak bagi bengkok. Dalam bulan Jun dah boleh berjalan semula. Dah boleh buat aktiviti biasa.. Solat pun dah boleh berdiri.. Alhamdulillah..
Namun, bak kata pepatah melayu, ku sangkakan cerah sampai ke petang, rupanya hujan ditengahari. Dalam bulan 10, kaki tiba2 sakit balik. Bila cheak kat hospital, tengok x-ray kelihatan 2 batang skru yang digunakan untuk fixkan besi dlm tulang tu patah. Mcm mana boleh patah? Saya pun tak tau.. Bincang dengan specialist, dan alhamdulillah dia kata tak perlu buat operation. Mmg saya pun dah serik nak operate lagi.. Derita yang tak boleh diungkap dengan kata2..
Saya kuatkan diri, setiap hari buat fisioterapi and exercise utk kuatkan kaki balik. Kaki dah kuat sikit tapi masih sakit bila buat kerja berat. Pada 6 Januari 2009, pergi jumpa specialist di Glenmary just for cheaking dan dia buat full examination then kata di lutut saya selain PCL, LCL pun fracture gak.. Kerana PCL dah fracture, tulang keting dah terkebelakang sket dan menyebabkan rapat dengan tulang peha. Sakit yang dirasa adalah kerana tulang peha dan keting bergesel.
Namun saya tak sedia untuk buat operation lagi.. Saya cuba untuk buat exercise utk kuatkan kaki. Tapi makin kuat buat exercise, semakin kaki sakit. Fikir punya fikir, dan memikirkan ttg masa depan sedangkan muda2 lagi dah sakit mcm ni klw dah tua nnt mungkin lebih parah. Jadi akhir bulan 2 saya decide utk buat juga operation. Walaupun dalam hati tak sanggup hadapi derita kali ke-2.
4 Mac 2009, rabu lepas saya jumpa specialist utk confirmkan bincang ttg quotation operation. Dan teramatlah terperanjat bila dia kata kos operation sahaja RM19,185 tak termasuk bil wad. Kos itu untuk membeli barang2 yang tidak disediakan oleh hospital. Kata Dr.Nurul (doctor di klinik UIA), Benda ni memang mcm tu.. Semiskin mana pun seseorang itu, jika mengalami sakit yang mcm saya dan yang sewaktu dengannya, kos pembedahan akan ditanggung sendiri.
Inilah yang saya maksudkan dengan deritanya hidup dalam negara sekular. Jika anda miskin dan ditimpa sakit yang memerlukan pembedahan, rawatan, yang kosnya tak mampu anda tanggung dan tiada siapa yang boleh tolong anda, jawapannya bersedialah menanti ajal. Di Negara sekular ini, anda adalah golongan yang tidak layak lagi untuk hidup.
Hal ini sangat bertentangan dengan syariat Islam. Dalam Islam, negara WAJIB menjamin keperluan asas rakyatnya (makan, minum, pakai, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan). Kesihatan dalam negara Islam, diberi secara percuma tidak kira seteruk mana penyakit yang dihadapi dan tidak kira muslim mahupun bukan muslim. Jika negara tidak mampu memberi secara percuma, bayaran yang sangat minimum (yang mampu dibayar) akan dikenekan. Rasulullah saw. Bersabda,
Hadis ini menekankan akan tanggungjawab negara untuk mengatur urusan rakyat dengan syariat Islam dan wajib “memelihara” rakyatnya. Apakah definisi “memelihara”? Jika saya tanya apakah yang perlu dilakukan oleh ibubapa untuk “memelihara” anaknya? Anda sendiri pun boleh jawab iaitu menjaga keperluan asas anaknya agar cukup makan minum, selesa tempat tinggal, cukup pakai, didikan fardu ain dan fardu kifayah dan menjaga kesihatan anaknya.. Kalau tak mampu beri kesenangan, at least wajib untuk mereka menjaga keperluan asas anaknya.
Begitu juga dengan negara.. Negara wajib memastikan setiap isi rumah mendapat keperluan asas. Maksud beri disini bukanlah beri dengan percuma begitu sahaja dengan rakyat hanya goyang kaki. Maksud beri adalah negara menyediakan infrastruktur dan kemudahan agar rakyat mampu berdikari menanggung hidup sendiri dan keluarga. Jika tiada kerja, negara wajib menyediakan peluang pekerjaan. Hanya untuk kes yang rakyat tak boleh survive sebab kecacatan, uzur etc.. sahaja ditanggung sepenuhnya oleh negara.
Antara bukti yang boleh saya nyatakan disini bahawa umat Islam terjamin keperluan asasnya ketika hidup dibawah naungan daulah Khilafah sebelum kejatuhan Khilafah 1924:
- Khalifah Umar Ibn Al Khattab membina Dar Ad-Daqiq (gudang tepung) di kota-kota dan di perjalanan yang biasa ditempuh oleh para musfir, penuntut ilmu dan saudagar-saudagar. Jika mereka kehabisan bekalan, mereka boleh mengambil bekalan secara percuma.
- Khalifah Walid ibn ‘Abdul Malik memberikan orang-orang cacat dan buta seorang pembantu untuk membantu mereka menjalani kehidupan harian.
- Pada zaman khalifah Umar Abdul Aziz, tidak seorang pun layak menerima zakat hinggakan beliau terpaksa memerintahkan para pegawainya berkali-kali untuk menyeru pada masyarakat, jika ada di antara mereka ada yang memerlukan harta, namun tidak ada seorangpun yang memenuhi seruannya. Termasuklah penduduk diwilayah Afrika yang enggan mengambil harta zakat.
Wallahua'lam..
|
Poster : Kata-kata Barat dan Ulama' Islam ttg Khilafah
Tuesday, March 03, 2009 Author: Syabab Tajdid







.jpg)
.jpg)




















