;

Hentikan dari Menyesatkan & Mengkafirkan Gerakan Islam..

Rasulullah saw. bersabda,

Man kaffara musliman faqad kafara
“Barangsiapa mengkafirkan seorang muslim, maka dia (telah) kafir”

Man qalaa li akhihi, ya kafir, faqad ba abiha ahadu hum
“Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya, ‘wahai kafir’, maka (pernyataannya itu) akan dikembalikan kepada salah seorang dari mereka.”



1. Fenomena menyesatkan dan pengkafiran (takfir) pada gerakan Islam mahupun individu2 ataupun ulama’2 adalah perkara yang sangat bahaya di dalam Islam.

2. Tattala umat Islam sedang dibantai, ditindas dan dianiaya di serata dunia… Wujud pula fenomena penyesatan dan pengkafiran sesama kaum Muslimin yang memparahkan lagi situasi umat Islam yang sepatutnya mereka ini bersatu menentang kaum kuffar barat.

3. Tattala ada segolongan umat berdakwah menyeru umat Islam agar bersatu dan berusaha untuk mengembalikan syariat Islam secara kaffah (kesuluruhan) dengan menegakkan Khilafah agar kemuliaan Islam dikembalikan, wujud pula kelompok yang menyesatkan golongan ini dengan menabur fitnah.

4. Inilah yang diinginkan kaum kuffar barat.. Mereka berusaha untuk melemahkan umat Islam dengan memecah belahkan perpaduan dengan memprovokasi konflik dalaman melalui masalah-masalah khilafiah (persilisihan).

5. Perasaan saling benci membenci telah membahana sehingga apa sahaja yang dilakukan oleh pihak lawannya akan dipandang serong dan semuanya salah. Konflik ini sememangnya takkan ada kesudahannya kerana mereka tetap berpegang dengan ego dan ketaksuban fahaman masing2.

6. Umat Islam yang waras, sepatutnya memilih untuk mengetepikan masalah-masalah khilafiah ini dan bersatu untuk memerangi musuh kita yang paling utama.. Teramatlah rugi jika umat Islam yang masih lagi terpengaruh untuk terjerat dengan apa yang kaffir barat mahu iaitu umat Islam terjebak kearah kehancuran.


Seruan Wahdah

Wahai sahabat-sahabat, ustaz-ustaz yang menggelarkan diri
ahlussunnah waljamaah dalam versi apapun..
Hentikanlah budaya menyesatkan dan mengkafirkan
individu-individu dan gerakan-gerakan Islam yang lain.

Selamatkanlah umat Islam..
Umat Islam pada saat ini tidak boleh lagi menerima apa jua bentuk persilisihan
apatah lagi perpecahan sesama sendiri.
Umat Islam perlu bersatu!
Kita perlu berganding bahu menentang musuh kita yang paling utama
iaitu kaum kuffar barat yang banyak menjahanamkan kehidupan kaum muslim.
Umat Islam yang berlainan fikrah (pemikiran) bukanlah musuh kita..

Lautan darah umat Islam telah ditumpahkan,
namun umat Islam masih terus menerus dihinakan.
Umat Islam dimerata dunia hidup sengsara
Mereka menagih bantuan..
Mereka menghulurkan tangan agar disambut..
Mereka menaruh harapan agar umat Islam bersatu..

Marilah kita sama-sama memfokuskan dakwah untuk mengembalikan kemuliaan
umat Islam yang telah lama hilang dimuka bumi ini..
Kita perlu bekerja keras untuk mengembalikan daulah Khilafah
Agar umat Islam diseluruh dunia bersatu dibawah satu negara
Negara yang akan menerapkan Al-Quran dan Sunnah diseluruh aspek kehidupan
Menyelesaikan masalah khilafiah (persilisihan) dikalangan mereka
Agar semua umat Islam menjadi golongan ahlussunnah waljamaah
Dari aspek aqidah hingga seluruh hukum syarak..
Inilah kesatuan umat Islam yang perlu kita perjuangkan!
Agar umat Islam akan kembali kuat
Agar ukhuwwah islamiah kembali mekar
Agar Kebajikan Umat Islam akan terpelihara
Dan tiada lagi kehinaan dan kezaliman
yang menimpa umat Islam dalam bentuk apapun..

Umat Islam... Tuhan mereka satu,
Rasullullah mereka satu,
Kiblat mereka satu,
Al-Quran mereka satu,
Syahadah mereka satu,
Pemimpin mereka satu,
Jihad mereka satu,
Negara mereka satu…
Kerana..
Mereka adalah umat yang satu.




Gambar-gambar di Seminar Pemantapan Ummah anjuran "Ahlussunnah waljamaah versi Asyairah wa Matrudiyyah" yang dihadiri saya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia pada 7 Mac yang lepas






|

1 komen:

Tufail said...

sungguh hinalah mereka yg menabur fitnah dan mahu memencilkan umat sendiri.
sungguh hinalah mereka membantu tangan-tangan penguasa zalim dan thaghut
sungguh hinalah mereka yg menjadi kepanjangan tangan para kaum kuffar yg mahu meragut nyawa2 umat Islam.

Kerana jika kafirlah hukum untuk umat yg berlainan dgn pandangan mereka, lalu darahnya akan menjadi halal jika dibunuh dan mereka yg membunuh umat saat ini adalah golongan kuffar.

Mereka tidak akan merasakan bhw darah umat yg dibunuh itu adalah darah umat Islam, lalu bersoraklah para penjenayah kuffar.

na'uzubillah...sesungguhnya, kehinaan akan tiba pada mereka yg terus menabur fitnah dan mengaibkan golongan yang ikhlas berjuang kerana Allah.
para pemfitnah ini adalah golongan 'duduk di kerusi empuk' ,yg hidup eksklusif di dunia ini.Maka, barangsiapa yg memfitnah, celaan daripada Allah adalah pasti.
barangsiapa yg mengaibkan saudaranya, maka tunggulah saat keaiban dtg kepadanya semula

Post a Comment