;

Poster Khilafah : Kita umat yang satu

klik pada gambar untuk download


Selain dijadikan sebagai koleksi peribadi, anda digalakkan untuk menyebarkan poster ini dengan apa jua cara samada link di blog anda, letak di friendster, myspace, atau print dan tampal di bilik anda, di noticeboard kolej kediaman (bagi mahasiswa), di sekolah (bagi pelajar), di pejabat (bagi yang sudah bekerja) dll. Mudah2an usaha ini akan dikira sebagai ibadah dan diberi ganjaran pahala oleh Allah s.w.t.



|

11 komen:

npo said...

kalau HT Palestin bergabung dengan Hamas kan bagus. kesian Hamas bersendirian. kalau HTM berjuang bersama-sama PAS pun bagus. nanti bila PAS dah memerintah, barulah AMIR YANG SATU boleh menjalankan amanah ALLAH. tak gitu syabab HT?

kalau tiada AMIR YANG SATU, kenapa HT yang tak mengambil tugas tu? kenapa sampai sekarang masih mengharap AMIR YANG SATU muncul?

come on la HT. buat sesuatu bagi gempak satu dunia. jangan terlalu menghukum demokrasi. kalau tidak takkan banyak ulama dalam PAS.

Anonymous said...

Untuk pengetahuan anta, HTM selalu hantar wakil berdiskusi dgn ustaz2 PAS untuk merapatkan ukhwah dan seterusnya mencari titik pertemuan agar boleh bersama2 perjuangkan Islam..

HT tak perlu masuk kedalam PAS, dan PAS juga tak perlu masuk kedlm HT. Spt yg ana kata sblm ni, byknya jemaah bukan menunjukkan perpecahan.. Malah ianya diharuskan oleh Allah s.w.t.

Ana juga percaya pelbagai pertemuan syabab HT Palestin dan Hamas dilakukan untuk tujuan yang sama. HT memandang semua gerakan Islam perlu menjalin ukhuwwah Islam yg baik dan mempunyai matlamat dakwah yg sama iaitu mengembalikan kehidupan Islam didunia ini.

npo said...

aku tak cakap HT perlu masuk PAS. aku maksudkan HTM berjuang bersama PAS. seperti parti lain. sekarang ni PKR dah semakin menunjukkan 'umno' mereka. PAS masih kukuh kerana keredhaan Allah matlamat mereka. tetapi adakah HT akan berjuang bersama PAS sedangkan demokrasi bukanlah pilihan mereka. jika HT sendiri menghantar tentera untuk berjhad di Palestin, insyaAllah aku akan turut serta. selalu aku membaca sautun nadhah. selalu juga HT berharap akan tertegaknya khilafah. aku cuma nak tahu adakah HT sedang giat berjumpa pemimpin negara Islam untuk menegakkan khilafah? jika ya, syabas. dan aku rasa ahmadinejad paling sesuai.

Anonymous said...

salam...
insyaallah, gerakan yg mahu memuliakan Islam akan dibantu olehNYA.
Dalam wadah apapun, selagi ikhlas dan mempunyai prinsip, selagi ada nas yg menjadi panutan, maka insyaallah,Allah taala akan membantu.
sungguh, dalam memperjuangkan Islam, kompromi terhadap idea kekufuran amat merbahaya.
berkompromi dgn golongan yg menentang Islam juga amat berbahaya.
apa yg perlu kita lakukan adalah menjadikan menggigit sunnah nabi dan sunnah para khulafa' rasyidin seperti yg ada pada sabda nabi kita yg mulia.
semoga Allah teguhkan kita dan sentiasa menjadikan kita berpegang dgn Al-quran dan sunnah rasulNya

Anonymous said...

Antara salah satu usaha dakwah HT di seluruh dunia termasuk di Malaysia adalah kontak tokoh2 yang ada pengaruh dlm pemerintahan dan militari. Usaha dakwah ini dipanggil thalabun nusroh.
InsyaAllah dengan usaha HT dan semua gerakan2 Islam untuk mengembalikan Khilafah, Khilafah akan kembali..

Berkaitan persoalan demokrasi, ana rasa anta tahu demokrasi wujud dari aqidah sekular yang meletakkan kedaulatan membuat undang2 di tgn manusia. Iaitu suara majoriti manusia yang menjadi pembuat undang2. Dan ini sangat bertentangan dgn Islam krn kedaulatan undang2 adalah Allah s.w.t. Tugas kita sepatutnya hanya menerapkan sahaja tanpa perlu ada persetujuan majoriti. Disebabkan itulah demokrasi ini bertentangan dgn Islam.

Rasulullah s.a.w. menegakkan negara Islam pertama di Madinah tanpa menggunakan demokrasi. Thariqah yang digunakan oleh Rasulullah itulah yang dirintis oleh HT untuk menegakkan kembali Khilafah. Klw anta berminat nk tau dgn lebih mendalam tentang thariqah ini, anta blh baca di laman web HT ataupun anta berjumpa sendiri dengan syabab2 HT.

Anonymous said...

to maksimalis:

kalau HT Palestin bergabung dengan Hamas kan bagus. kesian Hamas bersendirian. kalau HTM berjuang bersama-sama PAS pun bagus. nanti bila PAS dah memerintah, barulah AMIR YANG SATU boleh menjalankan amanah ALLAH. tak gitu syabab HT?

komen ana,

HAMAS tidak berjuang sendirian. Juga Fatah, HT PAS dan semuanya. Semua gerakan islam berjuang atas prinsip yg diemban masing-masing. Jika kerana Ht tidak mengambil demokrasi sbg metode perjuangan, maka itu dijadikan argumen utk mengatakan HT membiarkan jemaah islam di Palestin, Malaysia, Mesir dan seluruh dunia, amat tidak tepat!

Demokrasi is demokrasi, ia perlu dibicarakan secara ilmiyah. Apakah definasinya, apakah hukum mengambilnya, menerapkannya dan menyebarluaskannya! Jika anta sudi, kita blh berjumpa dan berdiskusi berkenaannya.

PAS memerintah? tak kesahlah sesiapa pun memerintah. Hatta kalau HT sekali pun memerintah, dlm sistem demokrasi, yg meletakkan dasar sekuler dlm perlembagaan, maka adalah satu perkara yg mustahil. Yang diperlukan bukanlah reformasi (tampal sulam), tapi revolusi (menukar secara tuntas/total) kesemuanya. Lihat saja Gusdur, yg menjadi wadah pemerintahan PKB yg sekaligus menjadi tokoh kpd Nahdlatul Ulama' d Indonesia, masih tetap saja tidak mampu utk menerapkan islam. Alasannya cuma satu! Thariqah utk menegakkan negara islam byk berkompromi yg haq dgn yg bathil.

Anonymous said...

to maksimalis:

kalau tiada AMIR YANG SATU, kenapa HT yang tak mengambil tugas tu? kenapa sampai sekarang masih mengharap AMIR YANG SATU muncul?

komen ana:

Pertama ingin ditegaskan, AMIR YANG SATU bukan hanya harapan, tapi kewajipan utk membai'ahnya. Berdsarkan nas yg qot'e.

Kedua, berkenaan tugas mengambil tugas menjadi AMIR YANG SATU, ia bukanlah haq HT. melainkan haq kaum muslimin utk membai'ahnya. dan ia bukanlah suatu perkara yg remeh, dan mustahil dpt direalisasikan jika mengambil demokrasi sbg wadah perjuangan. Sirah Rasul sudah cukup membuktikan kpd kita, bahawa nabi tidak berkompromi dlm segala hal yg bertentangan dgn syariat islam. Harta, Tahta dan wanita ditolak mentah-mentah. Hatta pemimpinan dan kekuasaan dr Bani Syaiban juga ditolak krn meletakkan perjanjian yg tidak syar'e.

Demokrasi? Tolak tepi, krn jelas tidak syar'e.

So, bagaimana nk tegakkan Daulah Islam tanpa demokrasi? Kita ada nabi yg telah menunjukkan tatacaranya. Rujuk sirah, dan HT telah menkajinya secara mendalam berkenaannya (metode menegakkan daulah islam).

Anonymous said...

komen maksimalis:

come on la HT. buat sesuatu bagi gempak satu dunia. jangan terlalu menghukum demokrasi. kalau tidak takkan banyak ulama dalam PAS.

komen ana:

pertama, spesifikkan maksud gempak, kerana ia masih relatif dan bersifat subjektif

kedua, bukan HT menghukum demokrasi. Tapi, syara' yg menghukumnya, kerana setiap perkara ada hukumnya.

ketiga, ulama' tidak menjadi dasar pijakan ketika mengambil sesuatu. tetapi sumber hukum lah yg dilihat oleh seseorang, hatta seorang muqallid sekalipun. Apa yg bakal berlaku ketika banyaknya ulama' di zaman akhir ini, ketika menyampaikan sesuatu berlaku kontradiksi di antara satu sama lain? Justeru, dalil lah yg menjadi fokus perbincangan dan bkn ulama' itu sendiri. Kerana ulama' blh saja melakukan kesalahan, dan mereka tidak ma'shum. ketika terjadinya perselisihan, maka kembali kpd nas. Jika semuanya mengambil nas, maka pilih yg paling kuat (arjah). dan itulah yg menjadi prnsip sbg seorang muslim.

Akhir sekali, ana harap apa yg ana nukilkan tidak menjadi titik kpd permusuhan dan perbalahan, tetapi anggaplah ia sbg muhasabah dan diskusi ilmiyah sesama muslim. Ingat! musuh sebanar kita adalah pihak kuffar, dan bukan sesama muslim.

Wallahu'alam...

Anonymous said...

salam..
tumpang berkomentar..
maksimalis ni sememangnya diantara orang2 yang tidak memahami realiti umat islam didunia hari ini dek kerana terperangkap didalam gelas kaca demokrasi dan tertelan air demokrasi yang tidak pernah menghilangkan dahaga dan selalu menambahkan haus.
Nasihat ana..fahamilah islam atas jalan memahami dalil syara'.tidak salah mengikut ulama' tetapi bukan taksub hingga mengaburan mata dari melihat kebenaran.ulamak bukan maksum sehingga tidak dapat dikaji dan dikritik pandangan mereka.jika ada perbezaan pandangan sekalipun kembalilah kepada yang dekat dan bertepatan dengan sumber hukum syara'.
telitilah demokrasi sebaiknya..insyaallah kita akan menjumpai kerosakkan yang amat besar didalamnya..wallahua'lam..

npo said...

sahabat islam,

"maksimalis ni sememangnya diantara orang2 yang tidak memahami realiti umat islam didunia hari ini dek kerana terperangkap didalam gelas kaca demokrasi dan tertelan air demokrasi yang tidak pernah menghilangkan dahaga dan selalu menambahkan haus"

kamu menulis seperti emo. kalau kamu menulis seperti bahrulfikri aka thinker yang disertai dengan hujah aku boleh terima. jangan pandai mengutuk saja. itulah beza kutuk dan kritik.

Anonymous said...

Ehm.. mungkin sahabat islam masih belum reda emonya dengan golongan yg memfitnah HT hingga secara tidak sedar telah meluahkannya pd anta ya akh melayu maksimalis.

Kepada sahabat Islam, ana faham apa yg anta cuba sampaikan.. Cuma jika ayat anta tu jika disusun dgn lebih rapi, lebih baik.. Sebab dlm berbincang ttg Islam, kita cubalah elakkan daripada menyentuh peribadi org yg sedang kita berbicara atau sesiapa. Yang dimuhasabah adalah fikrah yg dibawa..

Ana yakin, melayu maksimalis mampu menerima muhasabah yang berbentuk ilmiah dgn baik.. Tak gitu melayu maksimalis?

Soalan yg melayu maksimalis tanya ttg kalau demokrasi bertentangan dgn Islam, mengapa ramai ulamak2 dlm pas? tu mmg telah ramai yg bertanya sebelum ni.. Respon yg diberi oleh Thinker ana rasa dah cukup memberi penjelasan sedikit sbyk.. Jika anta masih rasa tidak terpecah lagi persoalan anta ttg demokrasi, kita blh lanjutkan lagi perbincangan ilmiah ni dengan buat perjumpaan. Perbincangan dari hati ke hati insyaAllah..

Post a Comment